Monday 22 February 2016

RESEPI DAGING MASAK KURMA SEDAP


RESEPI DAGING KURMA SEDAP

Bahan-Bahan:
[+] 400gm daging - dipotong
[+] 5 ulas bawang merah - dihiris
[+] 3 ulas bawang putih - dihiris
[+] 1/2 in halia - dihiris
[+] 2 sudu besar rempah kurma
[+] 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
[+] 1 1/2 cawan air
[+] 2/3 cawan santan fresh
[+] 3 biji ubi kentang
[+] 1 biji tomato
[+] 3 - 5 biji cii hijau
[+] Garam dan gula secukup rasa
[+] Minyak


Cara Memasak:
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris...
2) Goreng hingga terbit bau...
3) Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau...
4) Biarkan pecah minyak dan masukkan daging... Kacau rata...
5) Masak seketika, kemudian masukkan air...
6) Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang...
7) Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula... Kacau...
8) Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau hiasan yang dibelah dua...
9) Masak sehingga kepekatan kuah yang dikehendak dan bolehlah dihidangkan...


Sunday 21 February 2016

PETUA MEMBERSIHKAN BARANG KEMAS (ambil tahu)


Petua Membersihkan Barangan Kemas


Barang kemas anda kelihatan tidak berseri seperti asal?
Naikkan serinya semula... Cubalah petua di bawah ini...


Petua Membersihkan Barangan Kemas 1
Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis... Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman... Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya...

Petua Membersihkan Barangan Kemas 2
Rendam teh cina semalaman... Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman... Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya...

Petua Membersihkan Barangan Kemas 3
Rendam barang kemas ke dalam air suam selama sejam... Berus dengan berus gigi dan ubat gigi... Bilas bersih dan rendam dalam air selama beberapa jam... Sejatkan di atas kain kering...

Petua Membersihkan Barangan Kemas 4
Rendam barang kemas ke dalam air suam dengan beberapa keping asam gelugor (asam keping)... Biarkan selama 4 jam... Bilas dengan air bersih dan sejatkan di atas kain kering...


Friday 12 February 2016

RESEPI BUBUR AYAM PALING PERFECT


Resepi Nasi Bubur Ayam

Bahan-Bahan:
['] Isi Ayam (direbus dan di siat-siat)
['] 1 cawan beras
['] 1 inci halia
['] 3 biji bawang merah
['] 2 biji bawang putih
['] 1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
['] Minyak (untuk menumis)
['] Sediki daun bawang dan daun sup
['] Sedikit garam
['] Sedikit lada sulah
['] Sedikit tomato dipotong – jika suka
['] Air Secukupnya

Cara Memasak:
1... Tumbuk halus halia, bawang merah dan bawang putih... Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi...

2... Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati...

3... Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak...

4... Kemudian masukkan isi ayam, garam dan lada sulah... Kacau rata...

5... Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah... Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh gunakan air rebusan ayam tadi)

6... Hidangkan bubur dengan bawang goreng, daun bawang, dan daun sup... Sangat sedap dimakan dengan telur masin atau ikan bilis goreng... Ikut selera anda...


CARA BUAT NASI KUKUS PALING MUDAH DAN ENAK


Cara Buat Nasi Kukus

Bahan-Bahan:
[''] 4 cawan beras -rendam selama 1 jam
[''] 3 cawan air
[''] 2 helai daun pandan (simpul)

Cara Memasak:
1... Cuci bersih beras dan rendam sekejap... Kemudian toskan beras...

2... Didihkan air dalam pengukus... Masukkan daun pandan simpul dalam air... Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata...

3... Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering)

4... Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk)...

5... Beras akan mengembang dan memanjang... lebih kurang satu kali ganda... Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit...

6... Keluarkan beras tadi dan gaul dengan air (3 cawan air)... Biar seketika (dalam 10 min) supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras...

7... Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (lebih kurang kukus 15 min)...

8... Enak dihidang bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan hirisan timun serta kuah kari daging...


Thursday 11 February 2016

RESEPI MUFFIN TELUR


RESEPI MUFFIN TELUR

Bahan-Bahan:

5 biji telur gred B
2 keping Cheese – Boleh guna Cheesedale
1/2 batang carrot – dipotong kecil
Sedikit timun – dipotong kecil
Sedikit lada benggala – dipotong kecil
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam

Cara Memasak:

1... Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat...

2... Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin...

3... Taburkan sedikit kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap...


4... Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada...

5... Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)

6... Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C)... Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah...

7... Tunggu hingga sejuk dan hidangkan...


RESEPI SALMON CROQUETTES


Resepi Salmon Croquettes

Bahan-Bahan:

[+] 2-3 keping potongan ikan salmon – Dibuang tulang dan kulit... Isi dihancurkan dengan menggunakan pisau...
[+] 4-5 biji kentang – di buang kulit
[+] 1 sudu besar daun bawang- dihiris nipis
[+] 2 biji telur
[+] 1 kiub stok pati ayam
[+] Serbuk roti
[+] Tepung gandum
[+] Minyak
[+] Garam
[+] Serbuk lada hitam

Cara Membuat:

1... Rebus kentang terlebih dahulu sehingga empuk... Kemudian tapis airnya dan lenyekkan kentang sehingga hancur...

2... Masukkan isi ikan salmon, kiub pati ayam, sedikit garam dan lada hitam... Gaul sehingga sebati... Biarkan ianya sejuk seketika dan baru dimasukkan hirisan daun bawang...

3... Bentukkan adunan menjadi bentuk memanjang seperti silinder... Caranya adalah dengan menggolek adunan di atas permukaan yang rata... Taburkan sedikit teping supaya senang untuk digolek...

4... Sediakan 3 bekas berlainan untuk di isikan tepung, serbuk roti dan telur yang telah dipukul... Kemudian celup adunan itu tadi ke dalam bekas berisi tepung dahulu, di ikuti telur dan serbuk roti...

5... Ulang sekali lagi proses tadi... Susun adunan di atas loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digoreng...

6... Panaskan minyak yang secukupnya dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan croquettes... Goreng croquettes sehingga menjadi kuning keemasan... Angkat dan idangkan...

** Boleh gantikan salmon dengan isi ikan lain atau isi ayam...


12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW)


12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW) dan kelebihanya

1...Barli (جو jau)
Baik demam, manakala menggunakan dalam bentuk sup...

2...Kurma (کھجور)
Rasulullah (SAW) berkata bahawa sebuah rumah tanpa Kurma tidak mempunyai makanan...
Ia juga perlu dimakan pada masa bersalin...

3...Ara (انجير)
Ia adalah buah-buahan dari syurga dan ubat untuk buasir...

4...Anggur (انگور)
Rasulullah (SAW) amat suka anggur - membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus...

5...Madu (شہد)
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk... Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan... Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi... Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1...Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2... Mencuci perut
3... Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4... Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5... Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati... Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas...

6...Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)
Rasulullah (SAW) berkata: 'Tiada wanita yang mengandung dan makan tembikai air akan gagal untuk menghasilkan musim bunga yang baik di wajah dan baik dalam watak...

7...susu
Rasulullah (SAW) berkata bahawa susu dari kamu dari haba dari jantung seperti jari dari kamu peluh dari dahi... Ia menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui visi dan memandu dari kealpaan...

8...Cendawan (کھمبي)
Rasulullah (SAW) berkata, cendawan itu adalah penawar yang baik untuk mata, ia juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran dan lumpuh tangkapan...

9...Minyak Zaitun (زيتون)
Rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, melengah-lengahkan usia tua, dan merawat radang perut...

10...Delima (انار)
Rasulullah (SAW) berkata ia membersihkan anda Iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari...

11...Cuka (سرکہ)
 makanan Nabi Muhammad (SAW) digunakan untuk makan dengan minyak zaitun...

Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA)... Ya Allah berkatilah pada KHAL... Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah...

12...Air (پاني)
Rasulullah (SAW) berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air

Minuman Manis dan Sejuk 

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar)... Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar... Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan... Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan...


Ringkasan adab minum:

1... Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2... Bacalah " Bismillah"
3... Minum dengan tiga nafas
4... Minum dalam keadaan duduk
5... Jangan bernafas kedalam air... Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain...
6... Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7... Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8... Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain... Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9... Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat

Kadang-kandang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu... Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS"

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka"...