Tuesday 9 February 2016

Filled Under:

15 CARA NAK BUAT BILA ANAK KERAP MUNTAH


15 CARA NAK BUAT BILA ANAK KERAP MUNTAH

Muntah lagi? Baru je tukar baju si anak ni, asyik muntah saja seharian ni... Pening kepala mak bapak bila anak kerap muntah... Habis keluar semua yang dimakan pagi tadi... Badan dah mula lembik... Muka dah macam nak pucat... Menangis sebab kena marah kotorkan lantai atau sofa... Kita ni dah mula menggelabah tak tau nak buat apa... Pernah tak jadi begini?


Bagi ibu bapa muda dan kurang pengalaman, situasi begini boleh menyebabkan kekalutan dan kerisauan yang amat sangat... Mungkin si ibu terpaksa amibil mc/el atau cuti untuk mengawasi anak yang kerap muntah... Akan tetapi, bila asyik-asyik muntah aja, perlu jugak kita tahu apakah yang menyebabkan muntah ini...

Apa itu muntah? 
Muntah adalah apabila sesuatu bahan dalam perut keluar melalui mulut secara spontan... Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala kepada pelbagai penyakit... Bagi kanak-kanak, muntah selalunya tidak dapat dikawal dan tidak merbahaya kecuali ia disebabkan oleh penyakit serius...

Kenapa muntah? 
Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau stomach flu... Gastroenteritis
Demam panas berpanjangan
Keracunan makanan (makanan tercemar atau tidak dimasak sempurna)
Ketidakcernaan makan, makan terlalu laju, tak sempat hadam...
Menangis berpanjangan dan batuk-batuk
Mabuk perjalanan/ mabuk kereta
Terlebih makan/ terlebih minum, terlebih susu
Lactose intolerence / tak serasi susu
Alergi kepada sesejenis makanan

Sebab-sebab yang jarang berlaku tetapi serius: 

Jangkitan pada otak (meningitis of encephalitis)
Kecederaan / hantukan pada otak Ketumbuhan dalam otak
Usus tersumbat
Jangkitan salur kencing
Bengkak pada appendiks
Diabetis ketoacidosis


Apa nak buat Bila anak sering muntah:

Usahakan untuk tetap tenang dan tidak panik... Ibu bapa dan anak sekali tidak panik ya... Bila panik, anak menangis...
Ketika berada di tempat tidur, posisikan tubuh anak dalam keadaan mengiring ke sebelah kiri atau kanannya... Hal ini untuk mencegah bayi dan anak tersedak muntahnya atau isi perut yang dikeluarkan oleh mulut masuk ke saluran pernafasannya, terutama paru-parunya...
Jangan menahan si manja daripada muntah... Biarkan dia muntah dalam pengawasan anda... Bantu dia dengan cara mengusap belakang badan dia...
Jangan beri si manja ubat tahan muntah tanpa nasihat doktor...
Tolehkan kepala si manja ke sisi atau tunduk ke bawah menghadap sinki atau tuala untuk mengelakkannya daripada tersedut muntah sendiri...
Selepas si manja muntah, bantu bersihkan mulutnya dengan air kerana muntah meninggalkan rasa masam...
Muntah boleh meletihkan dan menakutkan anak anda... Tenangkan perasaannya...
Pujuk si manja supaya minum air bagi mengelakkan penyahhidratan atau dehidrasi... Rumusan minuman untuk penghidratan semula atau Oral Rehydration Solution (ORS) berkesan menggantikan bendalir tubuh dengan segera... Anda boleh mendapatkan ORS daripada kebanyakan klinik dan kedai farmasi...
Jika si manja boleh mengambil makanan, berikan sedikit sup dan kentang lenyek secara lebih kerap... Perut si manja mudah menerima sedikit makanan 4-5 kali sehari berbanding hidangan besar 2-3 kali sehari...
Untuk sementara elakkan memberikan anak makanan yang memiliki tekstur agak keras atau sukar dicerna seperti nasi... Sebaiknya berikan makanan yang tidak harus dikunyah dan yang memiliki tekstur lembut seperti bubur dan agar-agar...Elakkan daripada memberi si manja makanan berlemak atau pedas...
Bagaimanapun, jangan paksa anak anda makan atau minum jika dia benar-benar tidak boleh makan ataupun jika si manja rasa mengantuk... Bawa si manja berjumpa doktor segera... Pastikan si manja mendapat rehat secukupnya...
Bayi dan anak yang mengalami muntah harus mendapatkan banyak istirahat... Biarkan dia tidur dan berikan suasana yang selesa buanya...
Bila bayi masih menyusu, berikan SUSU IBU dengan kerap... Sekiranya menyusu formula, periksa kuantiti susu atau tukar jenis susu...
Muntah kerana batuk pada umumnya juga terjadi ketika bayi dan anak juga menderita kerana selsema... Refleks muntah dapat timbul ketika anak batuk dengan hebatnya dan rasa mual yang disebabkan banyaknya kahak yang tertelan ke dalam perut... Kadang-kadang kahak atau lendir yang berada di dalam tekak bayi dan anak ikut keluar bersama muntahnya...
Untuk mengatasi anak mengalami mabuk kenderaan Anda boleh memberikan gula-gula segar dengan rasa jeruk atau mentol yang dapat menghilangkan rasa mual anak... Pastikan perut anak sudah terisi (tidak dalam keadaan kosong) sebelum memulai perjalanan jauh dan sebaiknya selalu sedia makanan ringan yang sihat saat berjalan jauh dengan si anak kecil... Bila perlu sesekali biarkan udara segar mengalir ke dalam kereta dengan cara membuka sedikit cermin kereta...


Perhatikan tanda penyahhidratan/dehydrated 

Kehilangan bendalir badan akibat muntah boleh menyebabkan penyahhidratan, lebih-lebih lagi jika si manja muntah secara berterusan dan disertakan cirit-birit... Jika tidak dirawat, penyahhidratan boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak berusia satu tahun ke bawah... Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengesyaki si manja mengalami penyahhidratan...

Hubungi Doktor Sekiranya Anak Anda;
Mengadu/ menunjukkan sakit yang teruk pada bahagian abdomen
Abdomen membengkak (nampak perut mengembung)
Lesu atau meragam yang teruk
Kekejangan muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam
Tanda-tanda penyahhidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata, ubun-ubun mengecut dan kurang kencing (menggunakan kurang daripada enam lampin sehari...
Tetapi hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak... Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi walaupun ia bukanlah satu tugas yang menyenangkan, anda perlu mengambil sedikit untuk simpanan... Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera...


Ketahui Penyebab Muntah

Sekarang kita dah tahu banyak tentang perkara yang boleh menyebabkan anak muntah, mual dan tidak selesa... Kita boleh lakukan perkara-perakra penyebab muntah itu kita elakkan... Persoalan kenapa anak sering muntah pon kita sudah ketahui, hal ini akan menyebabkan kita tidak mudah panik apabila secara tiba-tiba anak muntah di khalayak ramai... Cuba bertenang dan ingat kembali langkah-langkah dan cara menangani anak yang muntah-muntah...

Nutrisi dan keseimbangan pemakanan anak yang sihat dapat membantu perkembangan anak yang sihat... Anak yang sihat, tidak kerap demam dan selsema, kuranglah anak menangis dan muntah... Fikiran ibu bapa pun tidak rungsing... Galakkan anak anda makan makanan yang sihat dan berilah makanan pelengkap nutrisi contohnya Mealshake, Omega dan Vitamin C Chewable buat anak anda yang tersayang... Set terbaik untuk Anak Sihat... Pastinya, susah nak demam dan muntah-muntah, insyaAllah...





0 comments:

Post a Comment