Tuesday 9 February 2016

Filled Under:

CARA MUDAH UNTUK HILANGKAN MIGRAIN


5 CARA MUDAH HILANGKAN SAKIT MIGRAIN

Selau pening kepala sampai selalu mc? Sakit sampai tak boleh nak bangun?Mungkin anda pengidap migrain... Migrain Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik... Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur... Selalu tak kena camni? tetiba berat kepala, nak bangun tak boleh, pusing-pusing teramat tak boleh tahan?

Pakar kesihatan berpendapat, sakit kepala atau migrain berpunca dari makanan yang tidak sihat,tidak segar dan bertoksik, tekanan atau stress, dan ketidakseimbangan hormon... Kebiasaannya pesakit migrain akan diberi dos ubat(dadah) yang tinggi untuk membantu pesakit menahan kesakitan... Hanya ubat tahan sakit sahajalah yang diberikan, lebih teruk lagi pengguna ubat tahan sakit terdedah kepada risiko untuk jangka masa panjang...


Bagaimanakah cara mudah hilangkan sakit migrain ni? Berikut ada 5 petua kurangkan sakit kepala mudah yang kita boleh cuba dan amalkan...
Cara Mudah Legakan Migrain/ Sakit Kepala

1... Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh... Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat... Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air... Tangan dah sejuk, so rasa kepala dah lupa :)

2... Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain... Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala... Baring, tutup mata, tutup lampu, tingkap tirai semua... Biar bergelap untuk dapat ketenangan dan mudah tidur...

3... Mengambil Sedikit Kafein
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit... Bau kopi mampu menenangkan minda dan anti stress... Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya...

4... Gunakan Rempah...
Carikan bahan-bahan berikut ::
     ~ kacang hijau
     ~ lada hitam
     ~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala... Bayangkan cas-cas negatif sakit kepala tu mengalir masuk tertarik ke garam, lada dan kacang hijau tu... Ia boleh juga jadi cam terapi kat kaki tu...


5... Baring Kepala dibawah kaki diatas
Ketika baring atas katil, turunkan kepala anda sehingga mencecah lantai... Biarkan kaki di atas katil... Secara rasionalnya, ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala... Kan salah satu punca migrain ialah kurangnya pengaliran oksigen dan darah ke bahagian kepala?

Oleh itu, cuba buat,  biar kepala ke bawah mencecah lantai sementara kaki masih di atas katil... selama beberapa minit je, jangan lama sangat... Buat secara berperingkat... Jangan lama sangat buat... Cuakup sampai melegakan je... Dah sudah tu, mandi amik wudhuk dan solat :)





0 comments:

Post a Comment