Tuesday 9 February 2016

Filled Under:

8 RESEPI MINUMAN DETOXUNTU LANGSING


8 Resipi Minuman Detox Untuk Kekal Sihat & Langsing

1. Resepi Air Detox Nanas dan Anggur Merah
Rasanya yang manis ( tetapi tidak terlalu manis ) adalah sangat menyegarkan , terutama apabila anda minum sejuk ... Pada yang tak suka minum air kosong boleh cuba resepi ini...

Bahan-bahan:

[+] Air kosong / Air Mineral,
[+] Buah anggur merah - dibelah dua
[+] 2-3 keping nanas yang telah dihiris

Nota: boleh gunakan seberapa banyak buah anggur yang anda suka terpulang pada citarasa masing-masing...

Cara penyediaan:

Satukan kesemua buahan didalam balang / jag air... Kemudian tuangkan air kosong... Simpan di dalam peti sejuk dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan...Hidangkan sejuk... Jika tidak suka sejuk boleh dibiarkan diluar selama 3-4 jam...

Kelebihan buah anggur masih enak walaupun sudah digunakan jadi selepas selesai minum anda boleh nikmati buah anggur tadi...

2... Resepi Air Detox Buah Timun dan Lemon

Bahan-bahan:

[+] 2 liter air kosong
[+] Timun dipotong ikut suka
[+] Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
[+] 3-4 helai daun pudina

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam... Boleh juga diletakkan diluar untuk yang tidak suka sejuk... Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis...

3... Resepi Air Detox Strawberry dan Tembikai

Bahan-bahan:

[+] 2-3 biji buah strawberry dihiris
[+] Buah tembikai di potong kiub - terpulang pada anda banyak mana yg anda suka
[+] 2-3 helai daun pudina
[+] 2 liter air kosong / air mineral

Cara penyediaan:

Masukkan semua buahan yg telah dipotong ke dalam jag / balang... Kemudian isikan air mineral biarkan selama 2 ke 3 jam... Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk anda yg suka minum sejuk... Selamat mencuba...

4... Resepi Air Detox untuk mengawal selera makan dan mencantikkan kulit

- buah lemon jika 1000 ml air sebaiknya guna 1-2 hiris shj takut jd terlalu masam dan pahit
- buah strawberry dihiris
- buah apple dipotong baji
- beberapa helai daun pudina
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis / stgh batang kulit kayu manis
- Air kosong / Air Mineral

Kebaikan bahan-bahan ini:

*Kayu manis: melancarkan peredaran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah... Ini membantu anda makan pada kadar yg sedikit dan membantu mengawal kalori yg diperlukan...

*Apple: mengandungi Vitamin C untuk kecantikan kulit, menjaga dan memelihara tulang dan membantu penyembuhan luka yg cpt

*Strawberries: anti penuaan, anti oksidan dan melicinkan kulit...

*Daun pudina: melancarkan sistem perkumuhan...

*Lemon: mengatasi sembelit dan membantu membakar lemak di dalam badan

5... Resepi air detox Apple dan kulit kayu manis

Buat dalam 2 liter air, dan boleh re-fill 3 atau 4 kali sebelum menukar hirisan buah apple dan kulit kayu manis yang baru...

 Bahan-bahan:
[+] Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah jenis apple yang anda gemari...
[+] 1 batang kayu manis

Cara Membuatnya:

1.  Masukkan buah apple yang telah dihiris kedalam balang... Masukkan air kosong, kemudian masukkan sebatang kayu manis, dan jika suka boleh letak beberapa kiub ais kedalam air tersebut...

2.  Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan bolehlah terus diminum atau boleh juga letak didalam peti sejuk jika suka... Boleh tambah kulit kayu manis jika suka rasa yang lebih kuat...

*Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap metabolisma dalam badan...

6... Resepi Air Detoks Mangga dan Daun Pudina

Bahan-bahan:

[+] 2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8 helai daun kecil )
[+] 1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa anda
[+] Air kosong / Air Mineral

Cara penyediaan:

Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga didalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka sejuk boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan...

* mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis berbanding mangga yang muda

7... Resepi Air Tropikal Nanas dan Oren

Bahan-bahan:

[+] 2 liter air kosong / air mineral
[+] Sebiji buah oren - dihiris
[+] 2 atau 3 hiris nenas - sedap jika guna nenas yg ranum masak

Cara penyediaan:

[+] Campurkan kesemua hirisan buah nanas dan oren kedalam jug / balang air... Kemudian masukkan air kosong dan biarkan selama 1-2 jam sebelum dihidangkan... Jika suka sejuk boleh masukkan kedalam peti sejuk atau campurkan ais kiub... Selamat mencuba

[+] Kebaikan buah nanas dan oren: kaya dengan Vitamin C, banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti meningkatkan imunisasi dalam badan juga membaiki sistem penghadaman dan mencantikkan kulit...

8... Resepi air detoks Teh Hijau - untuk menurunkan berat badan...

Bahan bahan:

 - Seuncang teh hijau

- Sebiji lemon

 - Sesudu madu

 - Air kosong / air mineral

Cara cara:

 - Rendam seuncang teh hijau dalam segelas air panas dan biarkan seketika

 - Hiris sebiji lemon dan masukkan ia ke dalam sebiji botol

 - Larutkan sesudu madu ke dalam segelas teh hijau tadi

 - Isikan air kosong sehingga separuh botol

 - keluarkan uncang teh hijau dan ketepikan

 - Masukkan teh hijau bersama madu tadi ke dalam botol berisi lemon

 - Isi air kosong / air mineral sehingga penuh sebotol

 - Tutup botol dan goncangkan ia perlahan lahan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibiarkan sejuk...




0 comments:

Post a Comment