Monday 22 February 2016

RESEPI DAGING MASAK KURMA SEDAP


RESEPI DAGING KURMA SEDAP

Bahan-Bahan:
[+] 400gm daging - dipotong
[+] 5 ulas bawang merah - dihiris
[+] 3 ulas bawang putih - dihiris
[+] 1/2 in halia - dihiris
[+] 2 sudu besar rempah kurma
[+] 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
[+] 1 1/2 cawan air
[+] 2/3 cawan santan fresh
[+] 3 biji ubi kentang
[+] 1 biji tomato
[+] 3 - 5 biji cii hijau
[+] Garam dan gula secukup rasa
[+] Minyak


Cara Memasak:
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris...
2) Goreng hingga terbit bau...
3) Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau...
4) Biarkan pecah minyak dan masukkan daging... Kacau rata...
5) Masak seketika, kemudian masukkan air...
6) Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang...
7) Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula... Kacau...
8) Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau hiasan yang dibelah dua...
9) Masak sehingga kepekatan kuah yang dikehendak dan bolehlah dihidangkan...


Sunday 21 February 2016

PETUA MEMBERSIHKAN BARANG KEMAS (ambil tahu)


Petua Membersihkan Barangan Kemas


Barang kemas anda kelihatan tidak berseri seperti asal?
Naikkan serinya semula... Cubalah petua di bawah ini...


Petua Membersihkan Barangan Kemas 1
Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis... Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman... Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya...

Petua Membersihkan Barangan Kemas 2
Rendam teh cina semalaman... Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman... Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya...

Petua Membersihkan Barangan Kemas 3
Rendam barang kemas ke dalam air suam selama sejam... Berus dengan berus gigi dan ubat gigi... Bilas bersih dan rendam dalam air selama beberapa jam... Sejatkan di atas kain kering...

Petua Membersihkan Barangan Kemas 4
Rendam barang kemas ke dalam air suam dengan beberapa keping asam gelugor (asam keping)... Biarkan selama 4 jam... Bilas dengan air bersih dan sejatkan di atas kain kering...


Friday 12 February 2016

RESEPI BUBUR AYAM PALING PERFECT


Resepi Nasi Bubur Ayam

Bahan-Bahan:
['] Isi Ayam (direbus dan di siat-siat)
['] 1 cawan beras
['] 1 inci halia
['] 3 biji bawang merah
['] 2 biji bawang putih
['] 1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
['] Minyak (untuk menumis)
['] Sediki daun bawang dan daun sup
['] Sedikit garam
['] Sedikit lada sulah
['] Sedikit tomato dipotong – jika suka
['] Air Secukupnya

Cara Memasak:
1... Tumbuk halus halia, bawang merah dan bawang putih... Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi...

2... Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati...

3... Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak...

4... Kemudian masukkan isi ayam, garam dan lada sulah... Kacau rata...

5... Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah... Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh gunakan air rebusan ayam tadi)

6... Hidangkan bubur dengan bawang goreng, daun bawang, dan daun sup... Sangat sedap dimakan dengan telur masin atau ikan bilis goreng... Ikut selera anda...


CARA BUAT NASI KUKUS PALING MUDAH DAN ENAK


Cara Buat Nasi Kukus

Bahan-Bahan:
[''] 4 cawan beras -rendam selama 1 jam
[''] 3 cawan air
[''] 2 helai daun pandan (simpul)

Cara Memasak:
1... Cuci bersih beras dan rendam sekejap... Kemudian toskan beras...

2... Didihkan air dalam pengukus... Masukkan daun pandan simpul dalam air... Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata...

3... Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering)

4... Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk)...

5... Beras akan mengembang dan memanjang... lebih kurang satu kali ganda... Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit...

6... Keluarkan beras tadi dan gaul dengan air (3 cawan air)... Biar seketika (dalam 10 min) supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras...

7... Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (lebih kurang kukus 15 min)...

8... Enak dihidang bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan hirisan timun serta kuah kari daging...


Thursday 11 February 2016

RESEPI MUFFIN TELUR


RESEPI MUFFIN TELUR

Bahan-Bahan:

5 biji telur gred B
2 keping Cheese – Boleh guna Cheesedale
1/2 batang carrot – dipotong kecil
Sedikit timun – dipotong kecil
Sedikit lada benggala – dipotong kecil
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam

Cara Memasak:

1... Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat...

2... Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin...

3... Taburkan sedikit kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap...


4... Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada...

5... Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)

6... Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C)... Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah...

7... Tunggu hingga sejuk dan hidangkan...


RESEPI SALMON CROQUETTES


Resepi Salmon Croquettes

Bahan-Bahan:

[+] 2-3 keping potongan ikan salmon – Dibuang tulang dan kulit... Isi dihancurkan dengan menggunakan pisau...
[+] 4-5 biji kentang – di buang kulit
[+] 1 sudu besar daun bawang- dihiris nipis
[+] 2 biji telur
[+] 1 kiub stok pati ayam
[+] Serbuk roti
[+] Tepung gandum
[+] Minyak
[+] Garam
[+] Serbuk lada hitam

Cara Membuat:

1... Rebus kentang terlebih dahulu sehingga empuk... Kemudian tapis airnya dan lenyekkan kentang sehingga hancur...

2... Masukkan isi ikan salmon, kiub pati ayam, sedikit garam dan lada hitam... Gaul sehingga sebati... Biarkan ianya sejuk seketika dan baru dimasukkan hirisan daun bawang...

3... Bentukkan adunan menjadi bentuk memanjang seperti silinder... Caranya adalah dengan menggolek adunan di atas permukaan yang rata... Taburkan sedikit teping supaya senang untuk digolek...

4... Sediakan 3 bekas berlainan untuk di isikan tepung, serbuk roti dan telur yang telah dipukul... Kemudian celup adunan itu tadi ke dalam bekas berisi tepung dahulu, di ikuti telur dan serbuk roti...

5... Ulang sekali lagi proses tadi... Susun adunan di atas loyang dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digoreng...

6... Panaskan minyak yang secukupnya dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan croquettes... Goreng croquettes sehingga menjadi kuning keemasan... Angkat dan idangkan...

** Boleh gantikan salmon dengan isi ikan lain atau isi ayam...


12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW)


12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW) dan kelebihanya

1...Barli (جو jau)
Baik demam, manakala menggunakan dalam bentuk sup...

2...Kurma (کھجور)
Rasulullah (SAW) berkata bahawa sebuah rumah tanpa Kurma tidak mempunyai makanan...
Ia juga perlu dimakan pada masa bersalin...

3...Ara (انجير)
Ia adalah buah-buahan dari syurga dan ubat untuk buasir...

4...Anggur (انگور)
Rasulullah (SAW) amat suka anggur - membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus...

5...Madu (شہد)
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk... Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan... Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi... Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1...Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2... Mencuci perut
3... Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4... Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5... Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati... Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas...

6...Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)
Rasulullah (SAW) berkata: 'Tiada wanita yang mengandung dan makan tembikai air akan gagal untuk menghasilkan musim bunga yang baik di wajah dan baik dalam watak...

7...susu
Rasulullah (SAW) berkata bahawa susu dari kamu dari haba dari jantung seperti jari dari kamu peluh dari dahi... Ia menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui visi dan memandu dari kealpaan...

8...Cendawan (کھمبي)
Rasulullah (SAW) berkata, cendawan itu adalah penawar yang baik untuk mata, ia juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran dan lumpuh tangkapan...

9...Minyak Zaitun (زيتون)
Rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, melengah-lengahkan usia tua, dan merawat radang perut...

10...Delima (انار)
Rasulullah (SAW) berkata ia membersihkan anda Iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari...

11...Cuka (سرکہ)
 makanan Nabi Muhammad (SAW) digunakan untuk makan dengan minyak zaitun...

Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA)... Ya Allah berkatilah pada KHAL... Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah...

12...Air (پاني)
Rasulullah (SAW) berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air

Minuman Manis dan Sejuk 

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar)... Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar... Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan... Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan...


Ringkasan adab minum:

1... Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2... Bacalah " Bismillah"
3... Minum dengan tiga nafas
4... Minum dalam keadaan duduk
5... Jangan bernafas kedalam air... Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain...
6... Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7... Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8... Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain... Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9... Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat

Kadang-kandang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu... Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS"

Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka"...



RESEPI APAM BALIK YANG SANGAT MUDAH (Homemade)


APAM BALIK

Bahan-bahan :

[+] 150gm tepung gandum
[+] 1 sudu teh yis segera [ mauripan ]
[+] 25gm gula kastor
[+] 200ml air suam
[+] 2 biji telur
[+] 50ml minyak [ boleh guna minyak masak ]
[+] sedikit garam halus
[+] 1/2 sudu teh soda bikarbonat
[+] 1/2 sudu teh air ** dibancuhkan

Bahan Inti :
[+] jagung manis
[+] kacang tanah digoreng & dikisar.

Cara-cara :
- campur tepung, gula dan garam gaulkan
- masukkan yis kacau rata, masukkan telur dan minyak, pukul sambil tuangkan air suam sikit-sikit
- soda yg dibancuh dgn air tadi, masukkan ke dlm adunan dan pukul sekata
- tutup adunan biarkan 30 minit
- lps tu dadarkan, [ boleh guna kuali non stick ]
- bila separuh masak, taburkan bahan-bahan untuk inti, taburkan sedikit gula agak-agak sendiri kuantitinya nak letak banyak mana ok.
- lipat 2 dan angkat, hidangkan

SELAMAT MENCUBA!


TIPS DAN CARA MEMBUAT ROTI


TIPS & CARA MEMBUAT ROTI

#Roti antara paling susah nak blajar, berapa kali give up buat roti tak jadi...
Masalah utama roti ialah roti keras keng, biasanya 100 resepi roti dekat internet, 1 je yang betul-betul boleh diguna pakai...

#Sebenarnya semua adunan sama tak kesah nak uli pakai mixer, bread maker (BM) ataupun uli guna tangan...
Jom kita belajar step by step buat roti, boleh ucap selamat tinggal pada roti yang keras...

Bahan2 :
[+] 400g Tpg H...Protein
[+] 100g Tpg Gandum / Tpg Rose
[+] 10g Improver
[+] Ayak bahan atas ni dan tuang dalam mangkuk...
[+] 11g Yis Saf Instant
[+] 100g Gula
[+] 50g Susu Tepung
[+] Tuang je dekat tepung yang dah diayak tadi...
[+] 250g Susu sejuk
[+] 2 biji telur

#Tuang dalam bekas tadi lepastu dah boleh uli, terpulang nak uli guna apa... Saya selesa guna mixer, cuma kalau guna hand mixer amat tidak digalakkan...
Telur tak nak letak pun xpe...

Bila agak-agak adunan dah sebati ( sekejap je, tak sampai 1 min ) tuang bahan ni pula :
[+] 50g Margerin
[+] 10g garam halus (wajib halus)

#Uli la sampai kenyal dan elastik, nak tahu kenyal tu macam mana, doh tu jadi licin je, cantik je dekat luar... Masa lebih kurang dalam 10-15 min... Tapi make sure tak terlebih uli, kalau terlebih uli boleh nanges dulu lepastu buang la doh yang lembik tu... uwaaa......

#Lepas doh dah kenyal boleh terus bawa keluar, timbang dalam 30-50g setiap biji dan buat bentuk pilihan...

#Time ni dah boleh preheat oven...
Bila lepas 45min, doh tadi dah kembang semangkuk boleh letak eggwash... Paling jimat spray je guna air, guna spray bunga tu...

Resepi eggwash :
[+] 1biji telur
[+] 2 sudu makan susu segar
[+] Saya slalu tuang lebih susu segar sebab tak nak guna banyak telur...
[+] Sapu egg wash, hias la guna bijan ke, atau apa jela...
[+] Kalau buat roti sosej boleh letak siap-siap sos cili dengan mayo...
[+] Dan boleh bakar... Suhu pulak kalau nak mengajar kena cakap guna suhu 200 darjah celcius, ni suhu standard untuk bakar roti, tapi bergantung jugak oven masing-masing...
Cara mudah katakan kalau suhu kita bakar kek 140, boleh guna suhu untuk bakar roti 150... Maknanya lebihkan dalam 10 ke 20 darjah celcius dari kek...
Masa nak bakar letak dekat tengah-tengah oven...

Pastikan :
- api atas bawah
- off kipas

**Bakar sampai roti keperangan, saya tak suka ajar ikut masa... Nak pandai memang kena tengok warna roti... Rujuk gambar roti ni...


MAKARONI TUNA BAKAR (special)


MAKARONI TUNA BAKAR

Bahan-bahannya :
['] 250 gm makaroni
['] 5 biji telur gred A
['] 1 tin kecil tuna
['] 2 biji bawang besar, potong dadu
['] 2 ulas bawang putih, potong kecil
['] 3 sudu minyak, untuk memasak
['] Garam dan serbuk perasa
['] Sedikit lada sulah

Untuk bahagian topping [atas]
['] Sos cili
['] Tomato puri
['] Mayonis dan keju
['] Keju cheddar yang diparut ( mozarella )

Cara-caranya:
1...Pertama sekali, rebus makaroni sehingga empuk...Kemudian basuh dan toskan...Ketepikan...
2...Panaskan minyak di kuali...Tumis bawang besar dan juga bawang putih...
3...Kemudian masukkan tuna...
4...Masukkan makaroni yang direbus tadi...
5...Selepas itu masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah...
6...Masukkan telur...Gaul semua sehingga bercampur...Ketepikan...
7...Sapu loyang dengan marjerin dan tuang semua adunan makaroni tadi ke dalam loyang...
8...Tabur keju shingga menutupi makaroni...
9...Kemudian picit sos cili, tomato puri dan mayonis di atasnya...
10...Bakar dengan suhu 180 darjah C selama hampir 45 minit atau sehingga makaroni masak...
11...Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai...


Wednesday 10 February 2016

JERUK MANGGA ASAM BOI



Jeruk Mangga Asam Boi

[!] 4 biji mangga muda
[!] 20 hingga 25 biji asam boi
[!] 10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
[!] 2 cawan gula
[!] 1 biji limau nipis di hiris ~ sis tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!

1.  Kupas dahulu mangga muda... Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya... Kemudian hiris nipis...

2.  Sis ikut cara ibu mertua, rendam dahulu mangga dengan air kapur... Menurut kata ibu mertua ita ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk..

3. Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan...

4.  Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata...

5.  Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata

6.  Akhir sekali masukkan asam boi...
Ita tambahkan limau nipis... Limau ni tak payah perah masukkan aje...... kalau guna limau kasturi lagi sedap!

**Tak payah tambah air ya...... sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk...

7.  Kemudian kita masukkan dalam bekas...

8.  Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati...


RESEPI SATAY AYAM BEREMPAH


RESEPI SATAY AYAM

Bahan-bahan :
[''] 10kilo ayam
[''] 41/2 kilo gula
[''] 5 senduk kunyit serbuk
[''] 1 senduk rempah ketumbar
[''] 1/2 senduk jintan
[''] 11/2 garam
[''] 5 senduk serai, halia n lengkuas yg telah d blend sekali

Cara-cara:
1... Dadukn ayam
2... Gaulkn gula bersama ayam
3... Masukkn garam,jintan, ketumbar n serbuk kunyit
4... Masukkn serai, halia n lengkuas
5... Gaulkn sekali lagi.........dah siap bolehlh mulakn tugas mencocok sate......makan masa dlm 5 jam gak klu buat sorang2 taw......hari2 sakit pinggang sis ni..hehe. selamat mencuba!


RESEPI CHOCOLATE FUNDE BROWNIES


Resepi Chocolate Funde Brownies

Bahan-bahan :
[+] 2 bar coklat ( separa manis )
[+] 1/2 cawan susu pekat manis... ( separuh tin susu )
[+] 2 sudu air
[+] 1/2 cawan kacang walnut ( boleh guna almond, gajus jika mahu )
[+] 1 sudu teh esen vanilla...

Cara-caranya :
1... Di dalam bekas, campurkan bar coklat, susu dan juga air...
2... Masukkan campuran tadi di dalam microwave selama 1 minit... Kemudian keluarkan dan gaul...
3... Jika campuran coklat tidak cair, masukkan kembali ke dalam microwave selama 1-2 minit dan gaulkan kembali...
4... Masukkan kacang dan ekstrak vanila ke dalam campuran coklat dan gaul...
5... Di atas baking sheet ( kertas minyak untuk membakar kek, kuih ), masukkan adunan dan buat bentuk segi empat tepat 9″x6″ atau gunakan sudu untuk membuat bentuk kesukaan...
6... Biarkan adunan hingga sejuk... Potong dan hidangkan semasa minum petang


RESEPI KEK CHEESE LELEH PALING SEDAP


KEK CHEESE MELELEH

BAHAN2 UNTUK KEK:
[+] 100 gram tepung hong kong (boleh guna tepung gandum)
[+] 60 gram tepung jagung
[+] 100 gram gula halus
[+] 2 sudu makan (sudu besar) ovelet
[+] 4 biji telur ayam
[+] 2 biji telur kuning
[+] 50 gram air sejuk (dari peti ais)
[+] 1 sudu teh baking powder
[+] 75 gram mentega (dicairkan)
[+] 1 sudu teh esen vanilla

Cara:

Bahan yang bertanda* di ayak dulu…

1.  Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair... Sebatikan...
boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan…... strawberry ataupun coklat

2.  Bakar dalam oven pada suhu 150′C selama 45 minit...


Untuk Cream:
[+] 250g cream cheese
[+] 120g susu pekat manis
[+] 50ml UHT Whipping cream
[+] Campurkan semua bahan dia atas hingga sebati
adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
[+]cheddar cheese, diparut

Cara penyediaan:
1.  Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping......tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama... Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi...

2.  Parutkan cheddar cheese di atas kek......Siap



RESEPI PUDING ROTI BERLAPIS KOKTEL MUDAH



Resepi Puding Roti Berlapis Koktel

BAHAN-BAHANNYA:

PUDING:

[+] 8 - 10 keping roti - dibuang kulit tepi
[+] 80 gm mentega
[+] 50 gm kismis
[+] 100 gm buah pic
[+] 100 gm buah koktel
[+] 50 gm gula kastor
[+] 3 biji telur
[+] 3 cawan susu segar

SOS KASTAD:
[+] 1 tin susu cair
[+] 2 s/b tepung kastad
[+] 2 s/b gula
Sedikit pewarna oren

CARA-CARANYA:

PUDING:

1.  Roti dipotong kepada 3 segi kecil...

2.  Susun roti dalam bekas bersesuaian yang telah disapu sedikit mentega, taburkan kismis, fruit cocktail, buah pic dan sebahagian daripada gula...

3.  Lebihan roti pula disapu dengan mentega pada kedua-dua bahagian roti...

4.  Susun di atas buahan tadi dan taburkan lebihan gula...

5.  Didalam bekas yang lain, pukul telur dan susu segar, kemudian tuang kedalam loyang perlahan-lahan...

6.  Rehatkan selama 30 minit, kemudian baru dibakar selama 30 minit pada suhu 190c...

7.  Bila puding masak, biarkan sejuk barulah dipotong...

SOS KASTAD:

1.  Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih dan nampak pekat, angkat dan sejukkan...

2.  Tuang atas puding yang telah dipotong dan hidangkan...


RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE


Bihun Goreng Singapore 
====================

Bahan-Bahan:
[+] 600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
[+] 250 gm udang segar [buangkan kulit]
[+] 100 gm isi ayam [hiris nipis]
[+] 250 gm tauge
[+] 100 gm kucai
[+] 1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis atau parut panjang2]
[+] 3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
[+] 2 biji limau nipis
[+] 3 s/b minyak
[+] daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
[+] garam
[+] air

Bahan tumbuk
2 s/b lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara:
1... Panaskan minya dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi...
2... Masukan isi ayam dan kacau rata...
3... Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air... Kacau rata...
4... Masukkan carrot dan bihun... Kacau rata sehingga sebati...
5... Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai...
6... Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut... Rasakan garam...
7... Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup...



Tuesday 9 February 2016

RESEPI DIMSUM UDANG DAN AYAM (mesti cuba)


Dimsum Udang dan Ayam

Bahan-bahan:
[=] 12 keping kulit dumpling pastry KG atau jenama halal yang lain
[=] 150gm isi ayam cincang
[=] 100gm isi udang cincang
[=] 5 keping cendawan kering shitake
[=] 1/2 sudu kecil serbuk ayam Maggi
[=] 1/2 sudu kecil gula
[=] 1/4 sudu teh garam
[=] 1/4 sudu teh serbuk buah pala
[=] 1 sudu besar tepung kentang
[=] 1/2 sudu  besar minyak jagung

Hiasan:
[=] 1/2 batang lobak merah - optional potong dadu kecil
[=] Setangkai daun bawang / daun sup - optional di hiris

Cara-cara :
1...  Rendam cendawan kering dalam air panas selama 20 minit...  Tos dan cincang halus...
2...  Potong kecil lobak, daun sup dan daun bawang...  Ketepikan sedikit untuk  hiasan...
3...  Kemudian gaulkan kesemua bahan bersama hingga rata kecuali kulit dumling...

4...  Ambil sekeping kulit dumpling, isikan dengan 1 sudu kecil inti di tengahnya...  Kelim bahagian tepi kelilingnya hingga kemas...

5...  Hias atasnya dengan sedikit campuran daun bawang dan lobak merah atau tobiko jika suka...

6...  Kukus dalam pengukus dumpling selama 15-20 minit hingga masak...
7...  Boleh di hidang begitu saja atau bersama sos cili...


RESEPI CHOCOLATE MILKSHAKE SIMPLE DAN SEDAP


Chocolate Milkshake

Bahan-Bahan :

[+] 5 sudu besar ais krim perisa vanilla
[+] 1 cawan susu segar
[+] 1 cawan ais kiub
[+] 1/2 papan coklat bar
[+] 2 sudu besar gula
[+] 1/2 cawan double cream atau whipped cream - optional
[+] serbuk koko - hiasan

Cara-Cara :

# Satukan kesemua bahan... Kisar... Masukkan dalam gelas atau cawan... Taburkan dengan serbuk koko... Sedia untuk diminum...


Senangkan... Asalkan semua bahan ada di rumah... Boleh je buat... Kalau dah teringin pun, boleh je cari bahan kat kedai...



MILKSHAKE BUAH STRAWBERRY MUDAH


Milkshake buah strawberry 

BAHAN-BAHAN : 
[''] 230 grm buah strawberry
[''] 400 ml susu full cream
[''] 100 ml plain yogurt
[''] 1/2 cawan air panas
[''] 7 sudu besar gula
[''] 2 sudu besar madu

CARA PENYEDIAAN :
1.  Masukkan semua gula dalam air panas dan dikacau sehingga larut kemudian ketepikan dulu .
2.  Potong semua buah strawberry menjadi kecil kemudian masukkan dalam blender bersama susu , blend sehingga buah straberry hancur.
3.  Masukkan madu , semua yogurt dan air gula tadi kedalam blender dan blend sampai semua bahan cukup sebati .
4.  Rasa strawberry milkshake ni jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan yang diperlu kan .
5.  Tuang semua strawberry milkshake dalam jug dan boleh diminum atau nak simpan strawberry milkshake dalam peti sejuk dahulu supaya menjadi sejuk dan diminum kemudian .
6.  Semua bahan dikisar sampai sebati dalam blender .
7. Siap!


RESEPI BERGEDIL SEDAP DAN MUDAH


RESEPI BERGEDIL 

Bahan-bahan:

[+] 1 ekor dada ayam
[+] 1/2 kg ubi kentang
[+] 5 sudu besar bawang goreng
[+] sedikit garam halus
[+] 10 biji lada jarum
[+] 2 ulas bawang putih
[+] kicap manis
[+] 2 biji telur ayam
[+] minyak untuk menggoreng

Cara-cara: 

[''] mula2 rebus dada ayam hingga empuk ketepikan sesudah masak...
[''] ubi kentang di potong dadu kemudian digoreng hingga kekuningan...
[''] tumbuk ubi kentang dan isi ayam tadi dan gaul sebati...
[''] masukkan bawang goreng, garam secukupnya
[''] kemudian bentukkan bulat2 dan penyekkan sedikit
[''] celurkan dalam telur yang sudah dipukul kembang
[''] kicap, lada, dan bawang putih tu diblend sekali utk dibuat pemcicah...
[''] dan sememangnya sedap dimakan begitu saja atau bersama nasi...



15 CARA NAK BUAT BILA ANAK KERAP MUNTAH


15 CARA NAK BUAT BILA ANAK KERAP MUNTAH

Muntah lagi? Baru je tukar baju si anak ni, asyik muntah saja seharian ni... Pening kepala mak bapak bila anak kerap muntah... Habis keluar semua yang dimakan pagi tadi... Badan dah mula lembik... Muka dah macam nak pucat... Menangis sebab kena marah kotorkan lantai atau sofa... Kita ni dah mula menggelabah tak tau nak buat apa... Pernah tak jadi begini?


Bagi ibu bapa muda dan kurang pengalaman, situasi begini boleh menyebabkan kekalutan dan kerisauan yang amat sangat... Mungkin si ibu terpaksa amibil mc/el atau cuti untuk mengawasi anak yang kerap muntah... Akan tetapi, bila asyik-asyik muntah aja, perlu jugak kita tahu apakah yang menyebabkan muntah ini...

Apa itu muntah? 
Muntah adalah apabila sesuatu bahan dalam perut keluar melalui mulut secara spontan... Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala kepada pelbagai penyakit... Bagi kanak-kanak, muntah selalunya tidak dapat dikawal dan tidak merbahaya kecuali ia disebabkan oleh penyakit serius...

Kenapa muntah? 
Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau stomach flu... Gastroenteritis
Demam panas berpanjangan
Keracunan makanan (makanan tercemar atau tidak dimasak sempurna)
Ketidakcernaan makan, makan terlalu laju, tak sempat hadam...
Menangis berpanjangan dan batuk-batuk
Mabuk perjalanan/ mabuk kereta
Terlebih makan/ terlebih minum, terlebih susu
Lactose intolerence / tak serasi susu
Alergi kepada sesejenis makanan

Sebab-sebab yang jarang berlaku tetapi serius: 

Jangkitan pada otak (meningitis of encephalitis)
Kecederaan / hantukan pada otak Ketumbuhan dalam otak
Usus tersumbat
Jangkitan salur kencing
Bengkak pada appendiks
Diabetis ketoacidosis


Apa nak buat Bila anak sering muntah:

Usahakan untuk tetap tenang dan tidak panik... Ibu bapa dan anak sekali tidak panik ya... Bila panik, anak menangis...
Ketika berada di tempat tidur, posisikan tubuh anak dalam keadaan mengiring ke sebelah kiri atau kanannya... Hal ini untuk mencegah bayi dan anak tersedak muntahnya atau isi perut yang dikeluarkan oleh mulut masuk ke saluran pernafasannya, terutama paru-parunya...
Jangan menahan si manja daripada muntah... Biarkan dia muntah dalam pengawasan anda... Bantu dia dengan cara mengusap belakang badan dia...
Jangan beri si manja ubat tahan muntah tanpa nasihat doktor...
Tolehkan kepala si manja ke sisi atau tunduk ke bawah menghadap sinki atau tuala untuk mengelakkannya daripada tersedut muntah sendiri...
Selepas si manja muntah, bantu bersihkan mulutnya dengan air kerana muntah meninggalkan rasa masam...
Muntah boleh meletihkan dan menakutkan anak anda... Tenangkan perasaannya...
Pujuk si manja supaya minum air bagi mengelakkan penyahhidratan atau dehidrasi... Rumusan minuman untuk penghidratan semula atau Oral Rehydration Solution (ORS) berkesan menggantikan bendalir tubuh dengan segera... Anda boleh mendapatkan ORS daripada kebanyakan klinik dan kedai farmasi...
Jika si manja boleh mengambil makanan, berikan sedikit sup dan kentang lenyek secara lebih kerap... Perut si manja mudah menerima sedikit makanan 4-5 kali sehari berbanding hidangan besar 2-3 kali sehari...
Untuk sementara elakkan memberikan anak makanan yang memiliki tekstur agak keras atau sukar dicerna seperti nasi... Sebaiknya berikan makanan yang tidak harus dikunyah dan yang memiliki tekstur lembut seperti bubur dan agar-agar...Elakkan daripada memberi si manja makanan berlemak atau pedas...
Bagaimanapun, jangan paksa anak anda makan atau minum jika dia benar-benar tidak boleh makan ataupun jika si manja rasa mengantuk... Bawa si manja berjumpa doktor segera... Pastikan si manja mendapat rehat secukupnya...
Bayi dan anak yang mengalami muntah harus mendapatkan banyak istirahat... Biarkan dia tidur dan berikan suasana yang selesa buanya...
Bila bayi masih menyusu, berikan SUSU IBU dengan kerap... Sekiranya menyusu formula, periksa kuantiti susu atau tukar jenis susu...
Muntah kerana batuk pada umumnya juga terjadi ketika bayi dan anak juga menderita kerana selsema... Refleks muntah dapat timbul ketika anak batuk dengan hebatnya dan rasa mual yang disebabkan banyaknya kahak yang tertelan ke dalam perut... Kadang-kadang kahak atau lendir yang berada di dalam tekak bayi dan anak ikut keluar bersama muntahnya...
Untuk mengatasi anak mengalami mabuk kenderaan Anda boleh memberikan gula-gula segar dengan rasa jeruk atau mentol yang dapat menghilangkan rasa mual anak... Pastikan perut anak sudah terisi (tidak dalam keadaan kosong) sebelum memulai perjalanan jauh dan sebaiknya selalu sedia makanan ringan yang sihat saat berjalan jauh dengan si anak kecil... Bila perlu sesekali biarkan udara segar mengalir ke dalam kereta dengan cara membuka sedikit cermin kereta...


Perhatikan tanda penyahhidratan/dehydrated 

Kehilangan bendalir badan akibat muntah boleh menyebabkan penyahhidratan, lebih-lebih lagi jika si manja muntah secara berterusan dan disertakan cirit-birit... Jika tidak dirawat, penyahhidratan boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak berusia satu tahun ke bawah... Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika anda mengesyaki si manja mengalami penyahhidratan...

Hubungi Doktor Sekiranya Anak Anda;
Mengadu/ menunjukkan sakit yang teruk pada bahagian abdomen
Abdomen membengkak (nampak perut mengembung)
Lesu atau meragam yang teruk
Kekejangan muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam
Tanda-tanda penyahhidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata, ubun-ubun mengecut dan kurang kencing (menggunakan kurang daripada enam lampin sehari...
Tetapi hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak... Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi walaupun ia bukanlah satu tugas yang menyenangkan, anda perlu mengambil sedikit untuk simpanan... Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera...


Ketahui Penyebab Muntah

Sekarang kita dah tahu banyak tentang perkara yang boleh menyebabkan anak muntah, mual dan tidak selesa... Kita boleh lakukan perkara-perakra penyebab muntah itu kita elakkan... Persoalan kenapa anak sering muntah pon kita sudah ketahui, hal ini akan menyebabkan kita tidak mudah panik apabila secara tiba-tiba anak muntah di khalayak ramai... Cuba bertenang dan ingat kembali langkah-langkah dan cara menangani anak yang muntah-muntah...

Nutrisi dan keseimbangan pemakanan anak yang sihat dapat membantu perkembangan anak yang sihat... Anak yang sihat, tidak kerap demam dan selsema, kuranglah anak menangis dan muntah... Fikiran ibu bapa pun tidak rungsing... Galakkan anak anda makan makanan yang sihat dan berilah makanan pelengkap nutrisi contohnya Mealshake, Omega dan Vitamin C Chewable buat anak anda yang tersayang... Set terbaik untuk Anak Sihat... Pastinya, susah nak demam dan muntah-muntah, insyaAllah...



CARA MUDAH UNTUK HILANGKAN MIGRAIN


5 CARA MUDAH HILANGKAN SAKIT MIGRAIN

Selau pening kepala sampai selalu mc? Sakit sampai tak boleh nak bangun?Mungkin anda pengidap migrain... Migrain Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik... Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur... Selalu tak kena camni? tetiba berat kepala, nak bangun tak boleh, pusing-pusing teramat tak boleh tahan?

Pakar kesihatan berpendapat, sakit kepala atau migrain berpunca dari makanan yang tidak sihat,tidak segar dan bertoksik, tekanan atau stress, dan ketidakseimbangan hormon... Kebiasaannya pesakit migrain akan diberi dos ubat(dadah) yang tinggi untuk membantu pesakit menahan kesakitan... Hanya ubat tahan sakit sahajalah yang diberikan, lebih teruk lagi pengguna ubat tahan sakit terdedah kepada risiko untuk jangka masa panjang...


Bagaimanakah cara mudah hilangkan sakit migrain ni? Berikut ada 5 petua kurangkan sakit kepala mudah yang kita boleh cuba dan amalkan...
Cara Mudah Legakan Migrain/ Sakit Kepala

1... Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh... Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat... Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air... Tangan dah sejuk, so rasa kepala dah lupa :)

2... Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain... Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala... Baring, tutup mata, tutup lampu, tingkap tirai semua... Biar bergelap untuk dapat ketenangan dan mudah tidur...

3... Mengambil Sedikit Kafein
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit... Bau kopi mampu menenangkan minda dan anti stress... Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya...

4... Gunakan Rempah...
Carikan bahan-bahan berikut ::
     ~ kacang hijau
     ~ lada hitam
     ~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala... Bayangkan cas-cas negatif sakit kepala tu mengalir masuk tertarik ke garam, lada dan kacang hijau tu... Ia boleh juga jadi cam terapi kat kaki tu...


5... Baring Kepala dibawah kaki diatas
Ketika baring atas katil, turunkan kepala anda sehingga mencecah lantai... Biarkan kaki di atas katil... Secara rasionalnya, ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala... Kan salah satu punca migrain ialah kurangnya pengaliran oksigen dan darah ke bahagian kepala?

Oleh itu, cuba buat,  biar kepala ke bawah mencecah lantai sementara kaki masih di atas katil... selama beberapa minit je, jangan lama sangat... Buat secara berperingkat... Jangan lama sangat buat... Cuakup sampai melegakan je... Dah sudah tu, mandi amik wudhuk dan solat :)



8 RESEPI MINUMAN DETOXUNTU LANGSING


8 Resipi Minuman Detox Untuk Kekal Sihat & Langsing

1. Resepi Air Detox Nanas dan Anggur Merah
Rasanya yang manis ( tetapi tidak terlalu manis ) adalah sangat menyegarkan , terutama apabila anda minum sejuk ... Pada yang tak suka minum air kosong boleh cuba resepi ini...

Bahan-bahan:

[+] Air kosong / Air Mineral,
[+] Buah anggur merah - dibelah dua
[+] 2-3 keping nanas yang telah dihiris

Nota: boleh gunakan seberapa banyak buah anggur yang anda suka terpulang pada citarasa masing-masing...

Cara penyediaan:

Satukan kesemua buahan didalam balang / jag air... Kemudian tuangkan air kosong... Simpan di dalam peti sejuk dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan...Hidangkan sejuk... Jika tidak suka sejuk boleh dibiarkan diluar selama 3-4 jam...

Kelebihan buah anggur masih enak walaupun sudah digunakan jadi selepas selesai minum anda boleh nikmati buah anggur tadi...

2... Resepi Air Detox Buah Timun dan Lemon

Bahan-bahan:

[+] 2 liter air kosong
[+] Timun dipotong ikut suka
[+] Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
[+] 3-4 helai daun pudina

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam... Boleh juga diletakkan diluar untuk yang tidak suka sejuk... Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis...

3... Resepi Air Detox Strawberry dan Tembikai

Bahan-bahan:

[+] 2-3 biji buah strawberry dihiris
[+] Buah tembikai di potong kiub - terpulang pada anda banyak mana yg anda suka
[+] 2-3 helai daun pudina
[+] 2 liter air kosong / air mineral

Cara penyediaan:

Masukkan semua buahan yg telah dipotong ke dalam jag / balang... Kemudian isikan air mineral biarkan selama 2 ke 3 jam... Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk anda yg suka minum sejuk... Selamat mencuba...

4... Resepi Air Detox untuk mengawal selera makan dan mencantikkan kulit

- buah lemon jika 1000 ml air sebaiknya guna 1-2 hiris shj takut jd terlalu masam dan pahit
- buah strawberry dihiris
- buah apple dipotong baji
- beberapa helai daun pudina
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis / stgh batang kulit kayu manis
- Air kosong / Air Mineral

Kebaikan bahan-bahan ini:

*Kayu manis: melancarkan peredaran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah... Ini membantu anda makan pada kadar yg sedikit dan membantu mengawal kalori yg diperlukan...

*Apple: mengandungi Vitamin C untuk kecantikan kulit, menjaga dan memelihara tulang dan membantu penyembuhan luka yg cpt

*Strawberries: anti penuaan, anti oksidan dan melicinkan kulit...

*Daun pudina: melancarkan sistem perkumuhan...

*Lemon: mengatasi sembelit dan membantu membakar lemak di dalam badan

5... Resepi air detox Apple dan kulit kayu manis

Buat dalam 2 liter air, dan boleh re-fill 3 atau 4 kali sebelum menukar hirisan buah apple dan kulit kayu manis yang baru...

 Bahan-bahan:
[+] Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah jenis apple yang anda gemari...
[+] 1 batang kayu manis

Cara Membuatnya:

1.  Masukkan buah apple yang telah dihiris kedalam balang... Masukkan air kosong, kemudian masukkan sebatang kayu manis, dan jika suka boleh letak beberapa kiub ais kedalam air tersebut...

2.  Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan bolehlah terus diminum atau boleh juga letak didalam peti sejuk jika suka... Boleh tambah kulit kayu manis jika suka rasa yang lebih kuat...

*Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap metabolisma dalam badan...

6... Resepi Air Detoks Mangga dan Daun Pudina

Bahan-bahan:

[+] 2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8 helai daun kecil )
[+] 1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa anda
[+] Air kosong / Air Mineral

Cara penyediaan:

Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga didalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka sejuk boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan...

* mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis berbanding mangga yang muda

7... Resepi Air Tropikal Nanas dan Oren

Bahan-bahan:

[+] 2 liter air kosong / air mineral
[+] Sebiji buah oren - dihiris
[+] 2 atau 3 hiris nenas - sedap jika guna nenas yg ranum masak

Cara penyediaan:

[+] Campurkan kesemua hirisan buah nanas dan oren kedalam jug / balang air... Kemudian masukkan air kosong dan biarkan selama 1-2 jam sebelum dihidangkan... Jika suka sejuk boleh masukkan kedalam peti sejuk atau campurkan ais kiub... Selamat mencuba

[+] Kebaikan buah nanas dan oren: kaya dengan Vitamin C, banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti meningkatkan imunisasi dalam badan juga membaiki sistem penghadaman dan mencantikkan kulit...

8... Resepi air detoks Teh Hijau - untuk menurunkan berat badan...

Bahan bahan:

 - Seuncang teh hijau

- Sebiji lemon

 - Sesudu madu

 - Air kosong / air mineral

Cara cara:

 - Rendam seuncang teh hijau dalam segelas air panas dan biarkan seketika

 - Hiris sebiji lemon dan masukkan ia ke dalam sebiji botol

 - Larutkan sesudu madu ke dalam segelas teh hijau tadi

 - Isikan air kosong sehingga separuh botol

 - keluarkan uncang teh hijau dan ketepikan

 - Masukkan teh hijau bersama madu tadi ke dalam botol berisi lemon

 - Isi air kosong / air mineral sehingga penuh sebotol

 - Tutup botol dan goncangkan ia perlahan lahan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibiarkan sejuk...


Monday 8 February 2016

RESEPI KARI IKAN TENGGIRI


KARI IKAN TENGIRI BERSAMA TELUR IKAN

Bahan2nya:
[+] 3 ketul isi ikan tengiri
[+] 300g telur ikan
[+] 10 biji kacang bendi
[+] 1/2 sudu makan asam jawa - campur dgn semangkuk air
[+] 1 peket kari ikan - saya guna rempah giling
[+] 2 tangkai daun kari
[+] 2 sudu teh halba campur
[+] RM1...50 santan pekat
[+] 2 biji cili hijau - potong seinci

Bahan hiris nipis/ tumbuk:
[+] 3 ulas bawang putih
[+] 2 biji bawang besar
[+] 1 inci halia



Cara:
1.  Tumis bahan hiris dan halba campur hingga wangi
2.  Masukkan kari ikan dan daun kari serta cili hijau...... tumis hingga kari betul2 masak atau terbit minyak...
3.  Masukkan air asam jawa, santan, kacau rata...
4.  Masukkan isi ikan dan biarkan mendidih...
5.  Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa, kacau rata...
6.  Perlahankan sedit api, masukkan telur ikan dan kacang bendi...... biarkan masak hingga bendi dan telur ikan masak... Tutup api...
7.   Sedia utk dihidangkan...


Sunday 7 February 2016

RESEPI KAKRI AYAM PALING SEDAP


RESEPI KARI AYAM

Bahan-bahan:

[+] 3 ketul ayam
[+] 2 sudu rempah kari
[+] 1 bunga lawang
[+] 1 kayu manis
[+] 1 cengkih
[+] 1/2 bawang besar kuning
[+] 2 ulas bawang putih
[+] 1 biji kentang
[+] 3 batang bendi
[+] 1 cawan air
[+] 2 sudu minyak
secubit rasa

Cara-cara :

1.  Panaskan minyak... Goreng bawang besar dan bawang putih bersama kayu manis, cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau...
2   Masukkan rempah kari... Goreng sehingga wangi...
3.  Masukkan air... Kacau sehingga sebati...
4.  Masukkan kentang, kentang, bendi dan ayam... Biar sehingga masak...
5.  Masukkan secubit rasa atau garam dan gula...
6.  Biar sehingga sedikit pekat... Rasa dan siap untuk di hidang!


RESEPI APAM SUSU MILO SIMPLE MUDAH DAN SEDAP


APAM SUSU MILO 
===============================

Bahan-bahan:

[''] 4 biji telur gred B
[''] 1 sudu teh esen vanila
[''] 1 sudu besar ovalate
[''] 1 cawan gula pasir
[''] 4 sudu besar susu pekat
[''] 2 cawan tpung gandum (diayak)
[''] 6 sudu besar Milo + 4 sudu besar Milo = 10
[''] Pewarna hijau (ikut kesukaan)

Cara-cara:

1.  Gunakan blender , campur kesemua telur,esen vanila, ovalate, gula dan susu pekat dan blend sehingga halus dan kembang... Tuangkan ke dalam bekas...

2.  Masukan tepung dan gaul secara kauk balik sehingga rata...
3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian kepada warna hijau, dan satu lagi bahagian masukkan 4 sudu besar Milo...

4.  Ambil loyang dan jangan lupa untuk sapu majerin pada bahagian bawah dan tepi loyang, untuk mengelakkan ia melekat...

5. Masuk adunan hijau separuh, kemudian masukkan kesemua adunan yang ditambah Milo...

6.  Kemudian taburkan 6 sudu Milo dan seterusnya kesemua adunan hijau yang masih berbaki separuh tadi ke dalam loyang...

7. Gunakan cover plastik untuk tutup bahagian permukaan loyang untuk elak air wap menitik atas kek...

8. Panaskan pengukus, dan kukus selama 45 minit – 1 jam... Sebelum angkat cucuk dulu dengan lidi, kalau ada adunan melekat pada lidi maknanya belum masa... Biar sehingga masak... :)

Kalau taknak guna Milo, boleh je olah resepi ni ikut kesukaan anda... Lepas ni nak cuba selitkan coklat cadbury dalam apam kukus ni... Agak-agak sedap tak?

SELAMAT MENCUBA!


RESEPI PUDING JADUNG YANG SIMPLE DAN ENAK


RESEPI PUDING JAGUNG 
======================
Bahan-bahan:

[+] 1 tin jagung manis
[+] 1 cawan jagung segar yang di hiris (optional- sebab saya ada lebihan jagung cameron)
[+] 1 cawan tepung kastard
[+] 3/4 cawan gula pasir
[+] 3 cawan air
[+] 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara :

1.  Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk (Jangan buka api lagi)...
2.  Kacau sehingga sebati...
3.  Setelah sebati, baru letakkan di atas dapur... Kacau hingga pekat...
4.  Tuangkan dalam bekas/loyang, dan simpan dalam peti... Biarkan sejuk
5.  Siap untuk dihidang...

SELAMAT MENCUBA!



TIPS MENINGKATKAT ''MOOD'' DI PAGI HARI (mesti baca!)


Tips Meningkatkan Mood Di Pagi Hari


Segala sesuatu yang terjadi di pagi hari bisa berdampak besar terhadap mood sepanjang hari... Itulah sebabnya mengapa penting untukbelajar bagaimana memulai hari dengan hal-hal yang menyenangkan... Lalu apa yang harus kita lakukan agar sepanjang hari selalu bersemangat?

Berikut beberapa cara singkat untuk meningkatkan mood Anda di pagi hari:

1. Hirup udara segar
Olahraga atau jogging di udara bebas dapat memberikan keajaiban... Lakukan selama lima menit di pagi hari dan rasakan peningkatan mood Anda... Selain itu, cara berkebun juga bisa... Para peneliti telah menemukan bahwa beberapa menit berada di suasana hijau pada pagi hari bisa meningkatkan mood baik Anda...

2. Minum coklat panas atau secangkir kopi
Ini adalah rahasia umum bahwa biji coklat dan kopi sangat membantu memulihkan mood... Secangkir cokelat panas atau kopi di pagi hari dapat memberikan pikiran positif... Selain itu kedua bahan ini juga memilki antioksidan yang baik bagi tubuh...

3. Berpikir positif dan tersenyum
Cobalah untuk menemukan sikap positif dalam segala hal yang harus Anda lakukan, bahkan dalam hal-hal kecil dan cobalah untuktersenyum... Senyuman yang tulus akan mempengaruhi suasana di sekitar Anda...

4. Tidur lebih awal
Untuk bangun dalam suasana hati yang ceria pada pagi hari, jagalah jadwal tidur Anda agar tetap konsisten... Menurut penelitian, orang yang tidur lebih awal akan memiliki energi lebih banyak, pikiran lebih positif, dan lebih bahagia...

5. Masak sarapan sehat
Mulai memasak sarapan sehat... Pilih menu baru yang sehat, dan libatkan pasangan Andapada kegiatan ini... Niscaya hubungan Anda akan lebih terjaga, serta hari Anda akan dimulai dengan sehat dan sempurna...




































SEBAB MENGAPA CINCIN PERKAHWINAN ADA SELALU DI JARI MANIS (BACA SAMPAI HABIS)


Kenapa Cincin Perkahwinan Disarung Pada Jari Manis?

Assalamualaikum......
Kenapa Cincin pernikahan selalu ada di jari manis?...Kenapa tak di letak kan di jari lain......saya pada mulanya juga terfikir dan menjadi tanda soal dalam fikiran... Tetapi setelah baca suatu artikel, menarik juga untuk dikongsikan... Cuba anda ikuti langkah berikut, anda semua pasti akan takjub, kerana ALLAH benar-benar membuat keajaiban atas penciptaan jari-jari kita...

Cuba ikut ‘step’ ni:

1... Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah dilekuk ke dalam (lihat gambar di atas)...

2... Kemudian, 4 jari yang lain di pertemukan hujungnya...

3... Permainan dimulakan, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisah...

4... Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati... Dengan maksud yang sebenar, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti...

5... Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan
adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga pasti akan meninggalkan kita kelak...

6... Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak-anak... Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita...

7... Seterusnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkahwinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan dapat dibuka... Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain... Oleh sebab itu carilah pendamping hidup yang dapat bersama anda selamanya…

#Bagi yang perempuan, carilah lelaki yang soleh yang boleh dijadikan Imam keluarga, bagi yang lelaki carilah perempuan yang solehah yang dapat dijadikan bidadari untuk selamanya hingga di syurga…... Solat berjamaah suami-isteri adalah lambang dimana sebuah keluarga akan utuh hingga di syurga-Nya ALLAH kelak…...... Amiin… InsyaALLAH...

Updated: betul ke semua ni? ada yang komen ada ke di nyatakan dalam hadis atau al-Quran? ada sesiapa boleh tolong jawab? ini hanya perkongsian dari facebook...... Kesahihan tidak dapat di kenal pasti...... Ataupun anda boleh cuba.


RESEPI KUIH NAGASARI


KUIH NAGASARI
===============
Bahan-Bahannya:
[+] 5 biji pisang raja -dibelah dua atau tiga
[+] 1 cawan tepung beras
[+] 2 sudu besar tepung jagung
[+] 5 cawan santan
[+] 2 sudu besar gula
[+] Sedikit garam
[+] 2 helai daun pandan - disimpul
[+] Daun pisang - secukupnya


Cara-cara:
1. Daun pisang dipotong pada saiz ini dan dilayurkan atas api supaya lembut

2. Pisang dikupas kulitnya dan dibelah dua atau tiga

3.  Semua tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan dicampurkan.
Kemudian digaul sebati dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk.
Masukkan daun pandan dan dikacau di atas api sederhana besar hingga pekat dan berkilat.

4.  Ambil sesenduk adunan tepung dan letak di atas daun pisang.

5.  Letak sepotong pisang.

6.  Lapis dengan sesenduk adunan tepung.

7.  Bungkus kuih dengan melipat kiri dan kanan, kemudian lipat atas dan bawahnya dengan kemas.
Ulang langkah membungkus hingga habis.
Kukus kuih selama 15 hingga 20 minit.

8.  Setelah kuih nagasari masak, sejukkan sebentar.Dan siap!


RESEPI LEMAK SAYUR PUCUK


SAYUR PUCUK MASAK LEMAK
===========================

Bahan-bahannya:
['] 3 batang sayur pucuk/ tauhu kering - direndam hingga lembut, kemudian dipotong 2 inci
['] Secekak suun - direndam hingga lembut, kemudian dipotong 2 inci
['] 6 kuntum bok nee (cendawan hitam kering) - direndam hingga lembut, kalau besar boleh dipotong2
['] Sedikit Kim Chan - direndam hingga lembut
['] 1 kotak kecil santan pekat
['] Semangkuk santan cair (Semangkuk air + sesudu santan pekat tadi)
['] 2 biji kentang - di belah 6
['] 2 biji cili merah - dipotong serong
['] Garam
['] serbuk perasa


Bahan Tumbuk Lumat:
['] Sejemput ikan bilis
['] 2 ulas bawang putih
['] 1 biji bawang besar - saiz sederhana


Cara-caranya:

1.  Masukkan santan cair, bahan tumbuk dan kentang ke dalam periuk... Masak hingga kentang empuk...
2.  Masukkan semua sayur-sayuran dan cili merah... Masak hingga mendidih...
3.  Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa... Masak hingga mendidih...
4.  Masukkan suun... Gaul rata hingga suun lembut...
5.  Tutup api... Hidangkan...



RESEPI GULAI PISANG MUDA


GULAI PISANG MUDA

Bahan-Bahannya:

[=] 10 biji pisang muda - Kupas kulitnya dan potong dua... Ambil kulitnya sekali... Rendam dalam air garam sementara hendak menyediakan bahan-bahan lain...
[=] 15 biji cili api - (boleh tambah jika sukakan pedas)
[=] 2 inci kunyit hidup
[=] 3 ulas bawang putih
[=] 1 biji bawang besar (boleh juga kalau nak guna bawang kecil dlm 5 biji)
[=] 1 batang serai
[=] Segenggam ikan bilis
[=] 1 cawan santan pekat
[=] 3 cawan air
[=] Garam

Cara-caranya:

1.  Dalam lesung batu, masukkan cili api dan kunyit... Tumbuk hingga lumat...
2.  Masukkan bawang putih, tumbuk lumat...
3.  Masukkan bawang besar, tumbuk lumat...
4.  Masukkan ikan bilis, tumbuk kasar... (pecah-pecahkan aje ikan bilis tu)...
5.  Masukkan serai, titik-titikkan aje...
6.  Cuci pisang hingga bersih...
7.  Masukkan semua bahan tumbuk, pisang, kulit pisang dan air ke dalam periuk... Masak hingga pisang empuk...
8.  Masukkan santan pekat... Masak hingga mendidih...
9.  Masukkan garam... Kacau rata...
10.  Tutup api dan hidangkan...



RESEPI RENDANG TELUR YANG SEDAP


RESEPI RENDANG TELUR

Bahan bahan:
[+] 10 biji telur rebus
[+] 750 gram santan
[+] 2 helai daun salam - saya letak daun limau purut
[+] Garam
[+] 1 sudu besar gula merah

Bahan kisar:
[+] 1 ruas jari lengkuas
[+] 6 ulas bawang merah
[+] 1 batang serai
[+] 3 ulas bawang putih
[+] 1 sudu kecil ketumbar
[+] 1 cm halia
[+] 3 biji buah keras
[+] 6 tangkai cili kering atau cili merah

Cara cara:
1. Telur rebus dikupas dan buang kulit. Jika suka, boleh juga digoreng seketika.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan bahan yang dikisar sehingga wangi.

3.  Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan telur dan daun salam serta garam. Masak sehingga ianya terbit minyak.

SELAMAT MENCUBA!



RESEPI SAMBAL IKAN BILIS DAN PETAI


SAMBAL IKAN BILIS DAN PETAI
============================
Bahan bahan:
[+] 200 gm petai
[+] 80 gm ikan bilis
[+] 15 biji cili padi hijau dan merah
[+] 1 1/2 biji bawang besar
[+] Asam jawa
[+] Garam, gula dan bahan perasa
[+] 1/2 biji bawang besar - hiris

Cara cara:
1...  Kisar ikan bilis bersama cili padi dan bawang besar hingga hancur... Lagi elok kalau tidak terlalu hancur...

2...  Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga agak masak... Masukkan petai dan biarkan masak seketika...

3...  Perasakan dengan garam, gula, bahan perasa dan juga sedikit air asam jawa... Kacau rata sebelum dimasukkan bawang besar yang dihiris... Gunakan api perlahan dan biarkan masak hingga kering dan bawang besar menjadi layu...

SELAMAT MENCUBA!


RESEPI PAPRIK AYAM TERBAIK


AYAM PAPRIK

Bahan-bahannya:
[+] 4 ketul ayam - dihiris kecil
[+] 2 ulas bawang putih - dicincang halus
[+] 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
[+] 1 biji cili merah - dihiris serong
[+] 11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
[+] 2 helai daun limau purut - disiat-siat
[+] bunga kobis - dihiris kecil
[+] 2 biji putik jagung - dihiris serong
[+] 1/2 biji karot - dihiris serong
[+] 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
[+] 2 sudu makan cili kering kisar
[+] 2 sudu makan cili sos
[+] 2 sudu makan tomato sos
[+] 1 sudu makan sos tiram
[+] garam
[+] 1 cawan air


Cara-caranya:
1.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali... Tumis bawang putih hingga wangi...
2.  Masukkan cili kisar... Tumis hingga pecah minyak...
3.  Masukkan semua sos... Tumis hingga pecah minyak...
4.  Masukkan isi ayam... Kacau rata hingga isi ayam layu...
5.  Masukkan air... Masak hingga mendidih...
6.  Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa... Kacau rata...
7.  Masukkan semua bahan hiris... Kacau rata... Masak hingga sayur empuk... (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air)...
8.  Tutup api dan hidangkan...

SELAMAT MENCUBA!


RESEPI MEE REBUS UDANG KETAM PADU


MEE REBUS UDANG KETAM
========================
BAHAN:
[+] 1 bungkus mee – cuci 3 kali dan celur (sis didihkan air, tuang atas mee yg
   diletak dlm besen, gaul 2 minit je dan sejatkan...... tak suka lama nanti mee
   kembang)
[+] 300g daging – potong kiub dan rebus hingga empuk...
[+] 3 ekor ketam – cuci dan belah 2
[+] 600 g udang – sederhana besar (nak besar lg pun boleh...... hehe)
[+] 3 biji ubi keledek – direbus dan dikisar halus...
[+] 1 senduk kacang tanah kisar
[+] 4 sdm sos cili
[+] 4 sdm sos tomato

Bahan kisar:
[+] 25 biji cili kering
[+] 3 biji bwg besar
[+] 5 biji bwg putih
[+] Segenggam udang geragau

Bahan hias:
[+] Tauhu goreng yg dipotong dadu
[+] Cili merah dihiris nipis
[+] Bwg goreng
[+] Daun sup
[+] Limau kasturi


Cara:
1.  Tumis bhn kisar hingga wangi dan pecah minyak...
2.  Masukkan air rebusan daging bersama2 dagingnya... Kacau dan biar mendidih...
3.  Masukkan sos cili dan sos tomato, garam, sedikit bhn perasa... Biar mendidih...
4.  Masukkan ubi keledek kisar utk memekatkan kuah dan kacang tanah... Biarkan mendidih sekali lagi...
5.  Masukkan ketam dan udang... Masak dlm 5 minit je lagi atau kuah mendidih, rasa masin manisnya... Siap...

** utk hidang: masukkan mee ke dlm mangkuk, curahkan kuah ke atasnya dan hias......

SELAMAT MENCUBA!


RESEPI KETAM MASAK LADA


RESEPI KETAM MASAK LADA
==========================

Bahan-Bahan:
[+] 1 kg ketam -dibuang kulit keras dan dicuci
[+] 6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
[+] 4 sudu makan cili kering kisar
[+] 4 sudu makan sos cili
[+] 4 sudu makan sos tomato
[+] 2 cawan air
[+] 2 biji telur - dikacau rata
[+] 2 sudu teh cuka masakan
[+] 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
[+] garam
[+] gula
[+] 1 pokok daun bawang - potong 1 inci panjang


Cara-caranya:
1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali... Tumis bawang putih hingga wangi...
2.  Masukkan cili kering, tumis hingga pecah minyak...
3.  Masukkan sos cili dan sos tomato... Tumis hingga pecah minyak...
4.  Masukkan air, cuka, gula dan garam... Kacau rata...
5.  Masukkan ketam... Gaul rata... Tutup tudung kuali... Biarkan hingga ketam masak...
6. Bila ketam dah masak, masukkan telur... Biarkan dalam 10 saat, baru dikacau dan dibalik-balikkan  ketam hingga terpalut sos...
7.  Masukan bancuhan tepung jagung dan daun bawang... Kacau rata...

Selamat datang!



Saturday 6 February 2016

RESEPI RENDANG PEDAS ITIK SANGAT MENYELERAKAN


RENDANG PEDAS ITIK 
===================

BAHAN-BAHANNYA:
+ 1 ekor itik yang telah siap dibersihkan
+ 11/2 inci halia tua*
+ 4 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
+ 1200 ml santan
+ Air jika perlu (air panas)
+ 2 keping asam gelugor
+ 5 helai daun limau purut
+ 1 helai daun kunyit, disiat
+ 2 helai daun kunyit, hiris halus
+ 2 camca besar penuh rempah kari daging
+ 2 1/2 camca besar penuh kerisik
Garam dan gula melaka secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:
+ 1/2 cawan cili padi kampung (boleh kurangkan)
+ 3/4 inci kunyit hidup
+ 2 inci halia
+ 1 inci lengkuas
+ 8 batang serai, hiris halus
+ 12 biji bawang merah
+ 4 ulas bawang putih

BAHAN TUMIS:
+ 1 batang kayu manis
+ 1 kuntum bunga lawang
+ 5 kuntum bunga cengkeh
+ 3 biji buah pelaga
+ 4 biji bawang merah, hiris
+ 2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA:
Itik dipotong ikut suka, buang kulit, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit tepung gandum selama 10 minit... Cuci kembali dan toskan...

Cucuk daging itik tadi dan lumur dengan halia dan bawang putih tumbuk, gaul rata2 dan perap 1-2 jam... Ketepikan...

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum... Sementara itu satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata2 dan masukkan ke dalam kuali, tumis hingga rempah garing dan terbit minyak... Guna api sederhana dan kacau selalu...

Masukkan itik, daun limau purut dan daun kunyit yang disiat... Gaul rata dan biar hingga daging itik sedikit mengecut... Tuang santan dan kacau rata... Biar mendidih... Sederhanakan api, dan biar merenih hingga pekat...

Masukkan kerisik dan asam gelugor... Tambah garam, tapi awas jangan banyak2, rasa lemak2 sudah cukup, kalau garam dia terasa, nanti rendang kering akan jadi masin... Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering, jika daging itik masih keras boleh tambah sedikit air panas dan terus memasak hingga itik lembut...

Tambah gula melaka (anggaran 1 camca besar) dan hirisan halus daun kunyit, kacau rata dan masak sekejap... Rasa dan jika ok boleh matikan api... Hidangkan bersama nasi, roti atau pulut kuning...

Selamat mencuba !