Wednesday 27 January 2016

PETUA MENGHILANGKAN SENGAT IKAN KELI SEAWAL 2 MINIT ~KLIK SHARE




>Haa… berapa ramai agaknya yg pernah kena sengat ikan keli nie?  Sebenarnya bukan lah mudah utk disengat keli. Pernah suatu masa dulu sis tengok beberapa orang terjun dalam sebuah kolam yg penuh dgn ikan keli. Takde sorang pun yg kena sengat… bila sis tanya samada diaorang ada pakai apa-apa ilmu atau petua, masing-masing cakap diaorang tak memakai apa-apa pun… hmm…

>Tapi kalau sekali-sekala ‘bermain’ ngan cik keli nie, silap-silap haribulan boleh terkena sengatnya yg bisa tu. Tak caya tanya ler geng-geng kaki pancing..hehe….

Petua Menghilangkan Bisa Disengat Ikan Keli


>Kalau ada yg terkena sengat ikan keli, maka cepat-cepatlah ambil serbuk kopi tiga sudu besar.  Letak serbuk kopi tu dalam mangkuk dan tuangkan air yg sedang mendidih ke dalamnya.

>Wapkan bahagian yg terkena sengat tu dgn wap aroma kopi tersebut. InsyaAllah, dalam beberapa minit bisanya akan segera hilang.


RESEPI DAGING BAKAR AIR ASAM SPECIAL


DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM
===========================================
Bahan-Bahan Daging:
[=] 1 kg daging lembu
[=] 50 gm bawang besar - dikisar halus
[=] 20 gm bawang putih - dikisar halus
[=] 10 gm serbuk kari
[=] 10 gm halia - dikisar halus
[=] Garam - secukup rasa
[=] Serbuk perasa - secukup rasa
Cara Membuatnya:
['] Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.
['] Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
['] Perapkan daging selama 2 jam
['] Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak
['] Setelah masak, boleh dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing
Bahan Air Asam Jawa:
[-] Air asam jawa
[-] 1 biji bawang besar - dipotong kecil
[-] 2 biji lada merah - dipotong kecil
[-] 2 biji lada hijau - dipotong kecil
[-] 1 biji tomato - dipotong kecil
[-] 10 biji cili padi - dipotong kecil
[-] 10 gm belacan - dibakar / digoreng
[-] Garam - secukup rasa
[-] Gula - secukup rasa
[-] Limau nipis
Cara Membuatnya:
1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa.
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
3. Semua bahan digaul rata.
4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi.

Selamat mencuba !


FADHILAT SURAH AL-WAQIAH PEMBUKA PINTU REZEKI (WAJIB BACA)


Fadhilat Surah Al-Waqiah Pembuka Pintu Rezeki

#Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan... Pendek kata rezeki selalu sempit...

#Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak... Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah...

#Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki... Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan...

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah... Anda boleh memilih mana-mana yang berikut :

1... Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak...

"Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "(Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya)...


2... Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3... Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4... Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar... Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki...

#Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari... Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul... Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita...



PESANAN RASULULLAH SAW SEBELUM KITA TIDUR (AMBIL TAHU)


Pesanan Rasulullah SAW Sebelum Tidur

Sebelum tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :

Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
[=] khatam Al Qur’an

[=] Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat

[=] Membuatkan para muslim meredhai kamu

[=] Melaksanakan ibadat haji dan umrah...

Bertanya Aisyah :

Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an)...

Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat)...

Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu)...

Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”



5 PERKARA YANG DILARANG DALAM ISLAM BILA MENGHUKUM ANAK (WAJIB TAHU)


5 Perkara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam.

(+) 1... Memukul wajah
Rasulullah S...A...W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah...”

(+) 2... Menampakkan kemarahan yang ketara
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah...”

(+) 3... Memukul di dalam keadaan sangat marah
Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat)...

Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S...A...W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini...”

(+) 4... Bersikap terlalu keras dan kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan...”

(+) 5... Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah S...A...W... Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit... Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak...


RESEPI PAJERI NENAS YANG MENYELERAKAN


PAJERI NENAS
====================
Bahan-bahan:
++ 1 biji nenas
++ 1 biji kelapa (santan cair & santan cair)
++ 1 tangkai kayu manis
++ 1 biji bunga lawang
++ 2 sudu minyak masak
++ ½ sudu besar gula putih
++ ½ sudu besar gula merah
++ 1 inci halia (dihiris)
++ 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
++ 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
++ ½ peket rempah kari (daging/ayam)
++ sedikit garam
++ sedikit kerisik

Cara Memasak:
Panaskan minyak tumis kayu manis,halia,bunga lawang dan daun kari.
Masukan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit santan pekat,garam,bawang yang telah ditumbuk tadi.
Setelah rempah tadi sudah masak masukan gula putih,gula merah,santan cair & pekat,kerisik dan nenas.
Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba !


PETUA MELEMBUTKAN DAGING AYAM KAMPUNG


Petua Melembutkan Daging Ayam Kampung

## Daging ayam kampung biasanya keras dan liat. Untuk melembutkannya, ayam hendaklah direbus dengan sepotong nenas. Daging ayam itu akan menjadi lembut. 

## Selain itu, air rebusan ayam juga mampu melembutkan daging ayam kampung dengan empuk dalam kadar api yang sederhana. 

## Sesudah direbus, hendaklah dibiarkan sebentar didalam air rebusan sehingga daging menjadi suam supaya air rebusan dapat diserap oleh daging tersebut

Selamat mencuba !
















PETUA RANGUPKAN AYAM GORENG


PETUA MERANGUPKAN AYAM GORENG
=============================
## Memang enak menikmati ayam goreng ketika ia masih panas... Namun selera kita pasti akan terbantut jikalau ayam tidak ranggup dan hanyir... Untuk itu, pastikan ayam dicuci dengan bersih menggunakan asam jawa... Segala lendir akan melekat pada asam jawa tersebut...  setelah dicuci bersih, bilas dengan air perahan limau nipis dan toskan seketika... kemudian perahkan pula sebiji buah limau kasturi sebelum diletakkan kunyit dan garam... Kemudian bolehlah digoreng sehingga masak...


RESEPI DAGING PAKAPAU PALING MARVELOUS


RESEPI DAGING PAKAPAU
=======================
Bahan:
++ 1 bungkus daging cincang
++ 2 labu bawang besar di ptg bulat
++ 1 cili merah dihiris
++ 3 cili solok lada(Warna light green diguna utk solok lada) dihiris
++ 2 ulas bawang putih dicincang
++ 2 sb sos tiram
++ 1 camb serbuk lada hitam
++ gula,garam secukup rasa


Cara:
1)... Tumis bawang putih hingga wangi n masukkan daging cincang
2)...Bila air daging kering masukkan kedua2 cili dan bawang besar nak lagi kick masukkan cili api yg dihiris
3)...bila sudah layu masukkan sos tiram, lada hitam, gula & garam
4)... sedap dibuat sandwich atau makan dgn nasi atau kanji

Selamat mencuba!


RESEPI SOTONG BUTTERMILK BERLEMAK


RESEPI SOTONG BUTTERMILK 
=========================================

Bahan-Bahannya :
+ Sotong
+ Serbuk Kari
+ Tepung Gandum
+ Telur Sebiji
+ Daun Kari
+ Butter
+ Cheese
+ Susu Cair
+ Cili Padi
+ Garam
+ Perasa
+ Gula

Cara-caranya:

Sotong Goreng
(+) Mula mula sotong dibasuh, ditos dan dikeringkan... Lepas tu diperap bersama serbuk kari & telur... Lepas tu tepung gandum dicampurkan dengan serbuk kari & garam sedikit......gaul rata2 sampai warna tepung tu jadi keperangan sikit......Lepas to ambil sotong & digaul satu persatu ke dalam tepung & kemudian digoreng... (Boleh gak masukkan daun kari utk digoreng bersama......nanti baunye harummm......) Goreng dengan api yang sederhana sehingga garing... Angkat dan toskan seketika...

Nota: Utk mendapatkan sotong yg ranggup & cantik, Sotong kena disalut satu persatu......Jangan campurkan semua sekali ke dalam tepung... Ini kerana sotong berair & akan membuatkan tepung mencair bersama sotong......so nanti sotong korang xcantiklah.........


Kuah Buttermilk
1.  Mengunakan kuali yang lain, panaskan mentega mengikut jumlah yang disukai... Biarkan sehingga mentega cair... Guna api perlahan jer... Kalau tidak, boleh hangit jadinya minyak kita tu.........

2.  Hiriskan beberapa biji cili padi mengikut pedas yang kita sukai dan beberapa pelepah daun kari... Masukkan ke dalam minyak mentega tadi dan biarkan sehingga ianya mewangi... Bila sudah mewangi, bolehlah dimasukkan susu cair... Berapa tin nak guna? Pun ikut sukahati sendiri, kalau banyak sotong kita tu, buatlah 2 atau 3 tin susu cair ke...

3.  Biarkan susu menggelegak seketika... Masukkan cheese (ni aku lupa masuk,kalo tak mmg lagi marvelous), sedikit garam dan gula... Akhir sekali, masukkan sotong yang telah digoreng tadi... Kemudian bancuhkan sedikit tepung gandum dengan air dan dituang ke dalamnya bertujuan untuk memekatkan kuah (ni aku skip gak sbb kuah tu akan pekat gak semasa disejukkan)... Kacau rata dan bolehlah ditutup api... Selain sotong, sedap juga dibuat Udang Butter atau Ketam ke......

Selamat mencuba!



Monday 25 January 2016

GULAI DAGING PADANG PALING ENAK (MASAKAN MINANG)


Gulai Daging Padang
========================

Bahan bahan:

+ 1 kg daging - bahagian pipi
1000 liter santan
+ 1 helai daun kunyit
+ 2 helai daun limau purut
+ 2 keping asam jawa
+ 1 batang serai
+ Secubit gula

Bahan kisar:

+ 15 tangkai cili merah
+ 10 ulas bawang merah
+ 5 ulas bawang putih
+ 6 biji buah keras
+ 1 cm kunyit hidup
+ 2 cm lengkuas
+ Garam


Cara cara:

1.  Rebus daging dan asingkan isi dari tulang...

2.  Satukan santan dengan bahan kisar, daun kunyit, daun limau purut, asam keping dan serai... Masak sehingga mendidih...

3.  Masukkan daging dan terus masak atas api kecil hingga santan mendidih dan keluar minyak... Angkat...

SELAMAT MENCUBA !


RENDANG TELUR PADANG (MASAKAN MINANG)


Rendang Telur Padang
===========================

Bahan bahan: 

++ 10 biji telur rebus
++ 750 gram santan
++ 2 helai daun salam - saya letak daun limau purut
++ Garam
++ 1 sudu besar gula merah

Bahan kisar:

++ 1 ruas jari lengkuas
++ 6 ulas bawang merah
++ 1 batang serai
++ 3 ulas bawang putih
++ 1 sudu kecil ketumbar
++ 1 cm halia
++ 3 biji buah keras
++ 6 tangkai cili kering atau cili merah

Cara cara:

1.  Telur rebus dikupas dan buang kulit... Jika suka, boleh juga digoreng seketika...

2.  Panaskan minyak dan tumis bahan bahan yang dikisar sehingga wangi...

3.  Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih... Masukkan telur dan daun salam serta garam... Masak sehingga ianya terbit minyak...

SELAMAT MENCUBA !


DOA RASULULLAH SAW DI PAGI HARI (WAJIB AMALKAN)


 DO'A RASULULLAH SHALALLAHU'ALAIHI WASALLAM DI PAGI HARI 

✽ Mohon sertakan "Aamiin ✽

BismillaahiRRahmaaniRRahiim......

Ya Allah,sesungguhnya Aku memohon kepada Mu kebaikan hari ini......

Kemenangannya,Pertolongannya,Cahayanya,Keberkatannya dan Petunjuknya......

Dan Aku memohon Perlindungan Kepada Mu dari kejahatan yang ada di dalamnya......

Dan kejahatan yang ada sesudahnya......

Rabbanaa aatina fiddun-yaa hasanah, wafil aakhirati hasanataw waqinaa 'adzaabannaar......

Aamiin Ya Rabbal'alamiin......



Wednesday 20 January 2016

RESEPI ROTI JALA YANG LEMAK LEMBUT


RESEPI ROTI JALA
================
Bahan bahan:

++3 cawan tepung gandum
++2 1/2 sudu besar minyak masak
++1 sudu kecil garam
++1 biji telur
++3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
++Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

*Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

*Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

*Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.



RESEPI RENDANG TOK POWER


RESEPI RENDANG TOK
====================

BAHAN-BAHAN:

++ 1kg daging
++ 10 ulas bawang merah | dikisar halus
++ 5 ulas bawang putih | dikisar halus
++ 3sm lengkuas | dikisar halus
++ 3sm halia | dikisar halus
++ 5 batang serai | dikisar halus
++ 5 sudu cili giling | dikisar halus
++ Kunyit sedikit | dikisar halus
++ 2 helai daun kunyit | dihiris halus
++ 1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
++ 1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
++ 1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
++ 1kg santan pekat
++ 50gm gula Melaka
++ 3 sudu makan kerisik
++ 15ml air asam jawa
++ Garam secukup rasa


BAHAN TUMIS:

++ 2 batang kayu manis
++ 4 kuntum bunga lawang
++5 batang bunga cengkih
++ 6 biji buah pelaga


CARA MEMASAK:

#1... Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman...

#2... Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali... Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk... Angkat dan ketepikan...

#3... Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak...

#4... Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata... Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil...

#5... Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering... Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa...

#6... Hidangkan dan sedia dinikmati...

Selamat mencuba !


BANANA SPLIT SMOOTHIE (DESSERT)


BANANA SPLIT SMOOTHIE (DESSERT)
=================================================

Bahan-bahan Utama:
++ Pisang (wajib)
++ Ais Krim (wajib)
++ Coklat Cair / Cecair Sirap

Bahan-bahan tambahan:
++ Wafer gulung
++ Kiwi
++ Buah Cherry
++ Koko Krunch
Bahan-bahan hiasan:
++ Kacang - telah dikisar
++ Serbuk Milo
++ Coklat chip

Tuan puan adalah digalakkan untuk menyediakan dahulu bahan-bahan diatas, letakkannya diatas bekas / pinggan dan simpan dahulu ais krim di dalam peti sejuk... ini kerana ais krim (bergantung pd brand) cepat cair di suhu bilik...

=============

#1... Seperti diberitahu, sediakan dahulu bahan2......... belah pisang kepada 2 bahagian... Untuk hiasan, hiris pisang kecil-kecil... kalau ada buah2 lain untuk hiasan seperti kiwi, hiris juga kecil-kecil...

#2... Apabila bahan2 sudah disediakan, susun pisang yang telah dibelah dan letakkan di sebuah pinggan lain... susun dekorasi-dekorasi bahan2 tambahan yang perlu spt koko crunch, wafer gulung, buah kiwi dan buah cherry...

#3... Setelah siap disusun, letakkan ais krim diatas pisang/bahan2 tersebut

#4... Tuangkan cecair coklat tadi ke atas banana split......... mungkin ada yang berminat dengan perisa lain bole try perasa sirap ;) cikgu ina guna brand Hershey's......... harganya RM11 lebey......... ada jugak yg kata brand TESCO pun not bad, harga RM10 lebih...

Untuk tujuan tutorial ini, cikgu ina telah buat dua versi......... satu versi cantik, satu lagi versi sedap......... so boleh la buat mana versi pun ;)

#5... Akhir sekali taburkan saki baki hiasan seperti kekacang, coklat chip, serbuk milo...

#6... Siapppp!

SELAMAT MENCUBA !


PULUT PANGGANG UDANG SPECIAL


PULUT PANGGANG UDANG SPECIAL
=============================================

Bahan A- Untuk Doh :

++ 500 gm beras pulut - direndam selama 2 jam
++ 25O ml santan pekat
++ 200 ml air
++1 sudu teh garam

Bahan B-Inti :

++ 90 gm cili kering
++ 9 ulas bawang merah - dihiris
++ 6 ulas bawang putih - dihiris
++ 70 gm udang kering
++ 2 batang serai- dihiris
++ 2 sm halia- dihiris
++ 1 sm lengkuas- dihiris
++ 100 gm gula kastor
++ 1 sudu teh garam
++ 1 kg kelapa parut putih
++ 1 cawan minyak masak

Bahan Bungkus:
++ Daun Pisang

Cara menyediakan Pulut Udang Panggang Special:

1... Untuk membuat doh, larutkan santan pekat bersama air dan garam...
2... Ambil beras pulut yang direndam selama 2 jam dan ditos airnya...
3... Kemudian gaul bersama santan dan kacau sebati... Kukus pulut selama 30 minit dan biarkan sejuk...
4... Untuk membuat inti pula, kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, udang kering, serai, halia dan lengkuas hingga halus...
5... Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi... Masukkan pula bahan-bahan lain... Kacau sebati dan biarkan sejuk...
6... Kemudian, ambil pulut yang dikukus tadi dan letakkan intinya dan bungkus kemas... Bakar hingga masak...

Selamat mencuba !


RESEPI SUP EKOR LEMBU PADU MELETOP


RESEPI SUP EKOR LEMBU PADU
============================
Bahan-bahan:

++ 125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran
++ 500g ekor lembu
++ 2 sb ketumbar tumbuk ( aku guna serbuk)
++ 1 sb jntan putih
++ 1 sb jintan manis
++ 1 1/2 sb puri tomato
++ 6 cwn air  ( aku guna 4 cawan air)
++ 1 btg karot - didadu
++ 2 btg saderi - didadu (tak letak)
++ 1 biji kentang - didadu
++ garam, lada hitam yg baru dikisar
++ daun ketumbar - dihiris2
++ bawang goreng


Rempah Tumis:
++ 4 bj buah pelaga
++ 1 cm kulit kayu manis
++ 6 kuntum bunga cengkih
++ 2 kuntum bunga lawang


Dikisar Halus2:
++ 10 ulas bawang merah
++ 4 ulas bawang putih
++ 2 btg serai, dihiris2 ( aku ketuk ja, tak hiris pun)
++ 1 cm halia


Cara:

#1... Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit... Angkat & tuskan ...
#2... Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau...
#3... Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis... kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi... Campur tomato puri...
#4... Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan...
#5... Tambah karot, ubi kentang dan saderi... Renihkan hingga ekor lembu empuk... Perasakan dgn garam & lada hitam...
#6... Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sebelum menghidang...

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min ( aku buat 30 minit) dgn periuk tekanan... Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj...

***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak...

Selamat mencuba !


RESEPI NASI AYAM PALING MANTAP


RESEPI NASI AYAM PALING MANTAP
================================================

Lauk Ayam:
++ 1 ekor ayam
++ Halia
++ Bawang putih
++ Bawang merah

Bahan perap:
++Sos tiram
++Kicap cair
++Kicap manis
++Madu
++Minyak bijan

1.  Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah... Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit...

2.  Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak... Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika... Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam...

3.  Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam... Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak... Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak... Potong ayam dan hidang...

=================

Nota:
**Ayam jangan dipotong, biarkan seekor... Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik... Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja...

**Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng... Saya lebih suka goreng dari dipanggang... Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya...


Nasi Ayam:
++ Mentega - tak guna
++ Minyak ayam - saya tambah
++ Bawang merah
++ Bawang putih
++ Halia
++ 2 helai daun pandan
++ 1 helai daun salam (bay leave)
++ Susu full cream
++ Serbuk ayam
++ Garam
++ Gula
++ Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

1.  Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker...

2.  Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam...

3.  Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa...

4.  Biarkan mendidih dan tutup api... Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa...

5.  Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang...

============

Sambal Cili:
++ 5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
++ 5 ulas bawang putih
++ 2 cm halia - saya tambah
++ 1 sudu teh cuka
++ 1 sudu teh garam
++ 1 sudu teh gula
++ 1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
++ Sos tomota - opsyenal saya tambah

1.  Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih... Masak di dalam kuali... Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa... Tambah sedikit air rebusan ayam... Masak dengan api kecil sehingga likat...

Sambal Kicap:
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih...  Angkat...


Kuah Sup:
++ Jeruk kubis
++ Garam
++ Serbuk ayam
++ Daun bawang - tabur
++ Bawang putih goreng - tabur

1.  Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam...

2.  Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang...

Selamat mencuba !



UDANG GORENG BUTTER TELUR ASIN TERLAJAK SEDAP


UDANG GORENG BUTTER TELUR ASIN 
=================================================

Bahan bahan:

++ 500 gm udang
++ 1/2 sudu kecil garam
++ 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
++ Minyak
++ 3-5 sudu besar butter
++ 6 ulas bawang putih - di cincang
++ 15 biji cili padi ~ dihiris serong
++ 4 tangkai daun kari
++ 2 biji telur masin ~ direbus & hancur
++ 2 sudu kecil gula
++ 10 sudu besar susu cair/susu segar
++ 1 sudu kecil tepung jagung

Cara cara:

1.  Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan... Ketepikan...

2.  Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit... Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna... Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)...

3.  Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi...

4.  Kemudian masukkan susu segar dan gula... (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)

5.  Kacau rata dan masukkan udang... Kacau lagi... Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya... Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan...

Selamat mencuba!


Tuesday 19 January 2016

RESEPI APAM MEKAR DI HATI


Resepi Apam Mekar diHATI

==============================================

Bahan-Bahan:

++ 200 g tepung beras (2 cwn)
++ 2 sudu kecil baking powder
++ 2/3 cawan gula
++ 1 cawan susu segar
++ 1 sudu kecil esen vanilla
++ pewarna atau emulco

Cara Penyediaan:

1. Panaskan kukusan... Ikat tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitik ke dalam kuih...
2. Satukan tepung beras, baking powder dan gula... Gaul sebati...
3. Masukkan susu dan esen vanilla ke dalam adunan kering kemudian kacau sebati... Kacau sehingga adunan menjadi licin dan sekata...
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian... Che Nom bahagikan kepada 3 bahagian... Adunan pertama tiada campuran, adunan kedua ditambah pati sirap dan aduna ketiga ditambah pandan emulco...
5. Sudukan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10-15 minit... Jika muffin cup size kecil, cuma kukus 6-7 minit sahaja...


RESEPI BUTTER CHIKEN BEREMPAH


Resepi Butter Chicken Berempah
======================================

Bahan-Bahan:

++ 400 gram isi ayam, bahagian dada
++ 1 sudu besar plain yoghurt
++ 1 sudu kecil rempah garam masala
++ 2 sudu kecil serbuk cili
++ sedikit garam
++ 3 sudu besar butter
++ setangkai daun kari
++ 1/2 cawan susu cair
++ segenggam gajus, tumbuk dan bancuh dengan air menjadi pekat
++ Bahan tumbuk halus:
++ 2 ulas bawang putih
++ 1 inci halia

Cara Penyediaan:
(+) Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus. Perap selama sejam. Boleh juga diperap semalaman. Lagi lama di perap lagi sedap.

(+) Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.

(+)Goreng pula perapan ayam di dalam minyak butter tadi. Jangan terlalu cepat untuk membalikkan
ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar.

(+)Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.

(+)Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika kukah terlalu pekat.

(+)Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang.

Tips:
Rempah garam masala boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar. Boleh juga buat sendiri dengan mengadunkan rempahnya dan kisar kering.


Sunday 17 January 2016

RESEPI PASTA TORTELLINI (ITALIAN)


RESEPI PASTA TORTELLINI ITALIAN

===========================================

BAHAN-BAHANNYA :

++ 1 cawan pasta tortellini
++ 1/3 cawan daging ayam cincang
++ 1 biji tomato merah, cincang halus
++ 2 ulas bawang putih, cincang halus
++ 1 biji bawang holland, didadu
++ 1/2 camca besar chili flakes
++ 1 biji cili hijau, buang biji dan didadu kecil
++ 1/2 kiub pati ayam
++ 1/2 camca besar herba oregano
++ Garam secukup rasa
++ Secubit gula
++ Hirisan daun kucai untuk hiasan
++ Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :

(+)1.   Rebus pasta tortellini dalam air mendidih bergaram selama 15 minit, toskan (simpan sedikit air rebusan). Panaskan minyak zaitun dalam kuali (cm guna non-stick pan). Tumis bawang besar, bawang putih dan chili flakes hingga harum, masukkan tomato dan masak hingga tomato lembut. Tambah daging ayam kisar dan tuang sedikit air rebusan pasta. Masak sekejap.

(+)2.   Masukkan kiub ayam, cili hijau dan herba oregano, kacau dan masukkan pasta tortellini, gaul rata, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kucai sebelum dihidangkan panas.

Selamat mencuba!


RESEPI SALMON GRILL LEMON BUTTER SAUCE


SALMON GRILL LEMON BUTTER SAUCE
====================================================

#Biasanya Salmon di masak secara pan seared atau panggang bersama olive oil, secubit garam dan black pepper selama beberapa minit sahaja.Jangan terlalu lama nanti ikan jadi keras.Ikan salmon ni kalau makan yang dimasak warna masih kemerahan jambu,lembut dan sangat sedap!



BAHAN-BAHAN

  • ++ 4 Keping ikan salmon
  • ++ 1 inci halia muda ( mayang )
  • ++ 4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
  • ++ 1 biji lemon ( ambil jus )
  • ++ Garam & Serbuk perasa
  • ++ Serbuk lada hitam
  • ++ Sedikit oregano
  • ++ Minyak zaitun

CARA PENYEDIAAN : 

  1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam
  2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon
  3. Taburka lada hitam, oregano
  4. Gaulkan dengan bahan putih dan halia
  5. Perap selama setengah jam (lagi lama lagi sedap)
  6. Panggang ikan hingga masak (sis panggang guna pemanggang ajaib jer)
  7. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis.........sedap......

    BAHAN-BAHAN SOS :


    ++ 1 atau 1/2 cawan butter
    ++ 3 ulas bawang putih
    ++ sebiji lemon
    ++ Garam
    ++ Black pepper

    CARA-CARA:


    #Panaskan kuali...Masukkan butter...Ketuk 3 ulas bawang putih...Goreng sebentar...Perahkan sebiji lemon... dan masukkan beberapa keping lemon...Akhir sekali perasakan dengan pepper dan garam...Kacau dengan kasih sayg...Biar mendidih...Siap! boleh hidangkan dengan ikan dan sayur...


    Alhamdulillah


    ***Ikan salmon sangat bagus untuk kandungan...Ibu hamil & kanak-kanak juga digalakkan mengambil supplement tambahan seperti omega 3 fish oil...

    SELAMAT MENCUBA !


RESEPI CHICKEN PARMIGIANA


RESEPI CHICKEN PARMIGIANA
=======================================

Berikut adalah resepi Chicken Parmiagana :

#1... Panaskan oven pada suhu 175'C...
#2... Gaulkan telur, garam dan black pepper di dalam mangkuk
#3... Sediakan bread crumbs di dalam satu mangkuk yang lain...
#4... Ambil sekeping dada ayam, celupkan ke dalam adunan telur dan salutkan dengan bread crumbs...
#5... Panaskan grill pan dan letakkan sedikit olive oil
#6... Panggang ayam hingga masak...
#7... Setelah ayam masak, angkat dan letakkan di atas pinggan tahan panas (pastikan pinggan adalah jenis oven proof sebab kita akan bakar ayam terus di dalam oven)
#8... Tuangkan sos spaghetti ke atas ayam
#9... Ratakan dan taburkan mozarella dan parmesan cheese di atas sos tadi...
#10... Bakar di dalam oven sehingga cheese cair lebih kurang 15 - 20 minit bergantung kepada oven masing-masing...

Mak aih,,,banyak pulak stepnya?!

Meh saya ajar cara paling mudah dan cepat...

#1... Goreng je Chicken Chop Original Hatinie's Kitchen
#2... Lepas tu, curah Sos bolognese Hatinie's Kitchen
#3... Tabur Cheese...


RESEPI CHEZZY PANINI


Resepi Chezzy Panini
=======================

++ 2keping roti pound (guna gardenia @ daily bread pun boleh) dileperkan hingga nipis
++ 1/2 labu bawang holland @ bwg besar dipotong dadu/cincang halus
++ 1 keping meatloaf di potong kecil2
++ 1 sudu besar / secukupnya mozarella cheese diparut
++ Sedikit serbuk lada hitam
++ 1 sudu kecil minyak zaitun
++ 1 sudu serbuk cheese I-mukmin
++ 2keping roti pound (guna gardenia @ daily bread pun boleh) dileperkan hingga nipis


** gaulkan semua bahan hingga sebati... Letakkan inti diatas roti, grill sehingga bahagian luar roti kelihatan garing & mozarella cheese cair... Hiaskan mengikut kesukaan...
Siap dihidang bersama sos keju I-mukmin...

Penggunaannya:

1... Campurkan 1 bahagian serbuk cheese dengan 1 bahagian air panas (>85c) sedikit demi sedikit

2... Gaul rata hingga sebati & pekat

3... Tambahkan air sedikit demi sedikit jika sukakan lebih cair

Panduan:

1... Simpan di tempat dingin & kering, elakkan dari terkena cahaya

2... Bancuh sekadar untuk kegunaan sahaja

3... Tarikh luput tertera di bungkusan, lebih kurang 6 bulan dari tarikh pengeluaran...

SELAMAT MENCUBA !


AIS KRIM BLUEBERRY MERRY (HOMEMADE)


Ais Krim Blueberry Homemade
---------------------------------------

Bahan-Bahan:

++ 2 Cawan Krim – Whipped Cream
++ 1 Cawan Susu pekat
++ 1 cawan blueberry (yang telah di bekukan dan dikisar kasar)
++ ½ cawan yogurt (mengikut citarasa)

Cara Membuat:

#1. Masukkan krim ke dalam mangkuk dan kisarkan ia dengan kelajuan yang sederhana sehingga ia menjadi ‘whipped’ atau kembang.

#2. Masukkan susu pekat dan pukul sehingga ia menjadi tebal.

#3. Masukkan yogurt ke dalam aiskrim dan gaul sehingga ia menjadi sebati.

#4. Masukkan buah blueberry yang telah dikisar kasar ke dalam adunan dan gaul rata.

#5. Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai dan biarkan ia beberapa jam di dalam freezer.

SELAMAT MENCUBA!


RESEPI GORGEOUS OMELATTE CHEESE (SARAPAN PAGI)


Resepi Cheese Omelette
=================

Bahan-bahan:

Bahan A -
 ++ Cendawan Butang 1 biji (potong ikut selera-kecik atau besar)
 ++ Tomato (potong dadu)
 ++ Ayam (sikit je)(goreng kemudian potong kecil-kecil)

Bahan B -
 ++ Telur 2 biji
 ++ Cili Merah & Hijau (ikut naluri berapa banyak)
 ++ Bawang potong dadu (ikut naluri jugak..)
 ++ Black Pepper (serbuk) secukupnya
 ++ Cukup Rasa secukupnya (kalau xada bleh guna cam biasa iaitu garam dan pak aji)
 ++ Sedikit Mayonnaise
 ++ Sekeping Cheese (ikut naluri nak potong macam mana)
 ++ Sos Cili (jika mahu)

Cara-cara:

*Campurkan semua bahan B kecuali CHEESE dan SOS. Gaul sebati.

*Gorengkan bahan A dan ketepikan.

*Dengan api yang sederhana, setelah minyak telah panas, masukkan bahan B ke dalam non stick pan.

*Kemudian, letakkan bahan A ke atas bahan B. (*tujuan diasingkan bahan A dan B tadi ialah ayam dan cendawan mengambil masa lebih sedikit untuk masak jadi jika dimasak sekali dengan bahan B kemungkinan bahan B akan hangus...)

*Masukkan cheese

*Masukkan juga sos cili jika mahu. Kemudian, apabila bahagian bawah dilihat warnanya semakin perang dan bahagian atas juga sudah masak, bolehlah digulungkan dengan skill anda yang heybadd menggunakan spatula. (INGAT!-anda tidak perlu mengalihkan omelette~bawah ke atas..nanti jahanam..nangis plak)

*Jika anda tidak memasukkan sos ke dalam omelette, anda bolehlah meletakkan sos secukupnya di atas omelette itu!


SUMPAH ALLAH DALAM SURAH AD DHUHA (WAJIB BACA)


Didalam Surah Adh-Dhuha Allah swt bersumpah dengan waktu dhuha dan waktu malam: “Demi waktu matahari sepenggalahan naik, dan demi malam apabila telah sunyi...” (QS... 93:1-2)... 

================

#Pernahkah terlintas dalam benak kita mengapa Allah SWT sampai bersumpah pada kedua waktu itu? Beberapa ahli tafsir berpendapat bahwa kedua waktu itu adalah waktu yang paling utama dalam setiap harinya... Imam Arrazi menerangkan bahwa Allah SWT setiap bersumpah dengan sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar manfaatnya... Bila Allah bersumpah dengan waktu dhuha, berarti waktu dhuha adalah waktu yang sangat penting...

===================

#Pada waktu itulah Allah swt sangat memperhatikan hambaNya yang paling getol mendekatkan diri kepada-Nya... Ditengah malam yang sunyi, dimana orang-orang sedang tidur nyenyak tetapi hamba Allah yang pintar mengambil kesempatan di saat itu dengan bermujahadah melawan kantuk dan dinginnya malam dan air wudhu’, bangun untuk menghadap Khaliqnya, tidak lain hanya untuk mendekatkan diri kepada-Nya...

#Demikian juga dengan waktu dhuha, dimana orang-orang sibuk dengan kehidupan duniawinya dan mereka yang tahu pasti akan meninggalkannya sebentar untuk kembali mengingat Allah SWT, sebagaimana yang dikatakan oleh sahabat Zaid bin Arqam ra ketika beliau melihat orang-orang yang sedang melaksanakan shalat dhuha: “Ingatlah, sesungguhnya mereka telah mengetahui bahwa shalat itu dilain sa’at ini lebih utama... Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Shalat dhuha itu (shalatul awwabin) shalat orang yang kembali kepada Allah, setelah orang-orang mulai lupa dan sibuk bekerja, yaitu pada waktu anak-anak unta bangun karena mulai panas tempat berbaringnya...” (HR Muslim)... 

===============

#Lantas bagaimana tidak senang Allah dengan seorang hamba yang seperti ini, sebagaimana janjiNya: “Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah Kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan... (QS... 5:35)... Diakhir ayat ini terlihat Allah menyatakan kata “beruntung” bagi hambanya yang suka mendekatkan diri kepadanya... 

#Nah...... kalau bicara tentang beruntung tentu ini adalah rejeki bagi kita... Dan satu hal yang perlu kita ingat bahwa rejeki itu bukan hanya bentuknya materi atau uang belaka... Tetapi lebih dalam dari itu, segala sesuatu yang diberikan kepada kita yang berdampak kebaikan kepada kehidupan kita didunia dan diakhirat adalah rejeki... Dan puncak dari segala rejeki itu adalah kedekatan kepada Allah SWT dan tentu kalau berbicara ganjaran yaitu kenikmatan puncak yang paling akhir adalah syurga... Oleh karena itu para ulama mengajarkan kita untuk berdo’a tentang rejeki ketika selesai shalat dhuha... Jadi salah satu fadilah (keutamaan) dari shalat dhuha itu adalah sarana jalan untuk memohon limpahan rejeki dari Allah swt...

==============

#Tetapi yang lebih dalam dari itu lagi adalah shalat dhuha ini adalah salah amalan yang disukai Rasulullah saw beserta para sahabatnya (sunnah), sebagaimana anjuran beliau yang disampaikan oleh Abu Hurairah ra: “Kekasihku Rasulullah saw telah berwasiat kepadaku dengan puasa tiga hari setiap bulan, dua raka’at dhuha dan witir sebelum tidur” (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud)...

#Kalaulah tidak khawatir jika ummatnya menganggap shalat dhuha ini wajib hukumnya maka Rasulullah saw akan tidak akan pernah meninggalkannya... Para orang alim, awliya dan ulama sangatlah menjaga shalat dhuhanya sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Syafei’: Tidak ada alasan bagi seorang mukmin untuk tidak melakukan shalat dhuha”... Hal ini sudah jelas dikarenakan oleh seorang mukmin sangat apik dan getol untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya”...



CARA MENGATASI SERANGAN JANTUNG SECARA TIBA-TIBA (INI PENTING!)


CARA MENGATASI SERANGAN JANTUNG SECARA TIBA-TIBA 
=====================================================

#Kurang bersukan, mengonsumsi makanan instan, kurang rehat dan tekanan stress, adalah hal-hal yang kerap dialami warga kota besar. Menjalani pola hidup yang tidak sehat akan berdampak buruk pada kesehatan, salah satunya dapat mengakibatkan penyakit jantung. Serangan jantung pun menempati peringkat pertama penyebab kematian di Indonesia.

Penyebab:

#Penyakit jantung disebabkan karena penyempitan pembuluh darah akibat tumpukan kolesterol atau protein lain yang berasal dari makanan yang masuk dalam tubuh. Penumpukan ini juga menyebabkan pembuluh darah koroner menjadi kaku. Kekakuan ini disebut sebagai aterosklerosis, yang terjadi jika terdapat penumpukan plak atau timbunan lemak pada dinding-dinding arteri. Selang beberapa waktu, plak dapat menumpuk, mengeras dan mempersempit arteri serta menghambat aliran darah ke jantung. Penyakit arteria koroner atau coronary heart disease (CAD) inilah yang pada dasarnya menuntun kepada sebagian besar serangan jantung.

#Penyumbatan dalam satu arteri koroner atau lebih dapat menimbulkan serangan jantung secara tiba-tiba. Penyebabnya karena jantung meminta oksigen melebihi yang tersedia sehingga memicu serangan jantung. Mengapa? Apabila otot jantung tidak menerima oksigen untuk waktu yang cukup lama, jaringan di sekitarnya dapat rosak. Tidak seperti jaringan yang lain, otot jantung tidak mengalami regenerasi. Semakin lama serangannya, semakin banyak kerosakan pada jantung, dan semakin besar kemungkinan besar meninggal.



======================
ALORA SKINCARE
======================

Gejala:

#Sayangnya, banyak orang yang tidak menyadari bahwa dirinya bisa mendapat serangan jantung, karena kejadiannya memang begitu mendadak, dengan gejala timbulnya rasa nyeri di dada. Nyeri  dada sering kali dianggap remeh oleh sebagian orang. Padahal, rasa nyeri pada bagian dada tersebut merupakan salah satu gejala penyakit jantung. Sejumlah keluhan fisik yang patut diwaspadai sebagai gejala penyakit jantung adalah nyeri dada, jantung berdebar-debar, cepat letih, sesak napas, ada riwayat sering pingsan, sesak bila tidur terlentang, beberapa organ tubuh membiru, serta perut dan bagian kaki membengkak.

#Gejala lain yang dialami ketika seseorang terserang penyakit jantung adalah rasa nyeri yang hebat pada bagian dada disertai mual dan muntah. Rasa tertekan atau seperti ditimpa beban, sakit, terjepit, diperas dan terbakar di bagian dada, yang dapat menjalar ke lengan kiri, leher dan punggung bila sudah parah.

Tindakan:

#Jangan panik! Itu hal utama yang harus diingat seseorang bila menghadapi serangan jantung. Usahakan batuk terus dengan sekuat tenaga! Setiap kali sebelum batuk, tariklah napas dalam-dalam, kemudian batuklah dengan kuat, dalam dan panjang, seperti hendak mengeluarkan dahak yang berada dalam dada. Setiap selang dua detik, tarik napas sekali dan batuk kembali hingga pertolongan tiba atau hingga merasa denyut jantung sudah normal.

#Tujuan kita menarik napas adalah untuk memasukkan oksigen ke dalam paru-paru. Sedangkan tujuan batuk adalah untuk menekan jantung agar sirkulasi aliran darah kembali normal. Menekan jantung dengan cara batuk juga dapat membantu mengembalikan denyut jantung menjadi normal. Dengan pertolongan pertama ini diharpkan dapat memberikan kesempatan kepada penderita untuk pergi ke hospital.


7 KESILAPAN BESAR & PANTANG LARANG DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI (WAJIB BACA)


7 Kesilapan Besar Dan Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri... (Serta Bagaimana Mengatasinya)

#Percayalah bila saya kata, rasa suka itu akan berkurang dengan berlalunya masa...

Tiga tahun pertama mungkin kita merasakan bahawa pasangan kita itulah segala-galanya...

Tapi tahun-tahun yang seterusnya,  kita sudah merasa hambar dan semakin bosan rumah tangga kita...

Sifat hati fitrahnya berbolak-balik bersama masa...

Mungkin dahulu kita dilayan secara lemah lembut, tetapi sekarang pertanyaan kita dijawab secara acuh tidak acuh sahaja...

Terlalu menjaga dikata mengongkong, terlalu memberi kebebasan dikatakan tidak sayang...

Apa yang tidak kena sebenarnya dalam rumah tangga kita?

#Dimana silap kita yang mungkin kita terlepas pandang?

Dalam kita menjaga hubungan suami isteri, ada beberapa perkara yang sangat perlu diberikan perhatian...

Ini kerana ada sebahagian tindakan kita, tanpa disedari mungkin menyumbang kearah keruntuhan rumah tangga...

Sedang kita menzahirkan kasih sayang kepada pasangan, jangan sesekali cuba merisikokan perhubungan tersebut...

Artikel ini akan mengupas kesilapan besar yang biasa dibuat dan pantang-larang dalam perhubungan suami isteri supaya keharmonian rumah tangga terpelihara...

Sila kongsikan artikel ini di facebook anda supaya secara tidak langsung, orang lain (dan pasangan anda) juga mengetahui ilmu yang harus diketahui mereka yang bergelar suami isteri ini:



#1... Jangan berlebih-lebih dalam memberi gambaran dan memuji orang lain

Bagi seorang isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain dihadapan suami sendiri...

Begitu juga dengan suami... Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan... Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri...

Disamping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain dihadapan suaminya...

Jangan diceritakan semua perkara berkenaan wanita lain tambahan lagi sekiranya melibatkan aurat atau perkara sensitive...

Ingat, ia boleh terdedah kepada banyak perkara...



#2... Elakkan melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai pandangan pasangan masing-masing...

Memberikan komentar terhadap pasangan masing-masing adalah normal...

Namun melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar...

Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia menyebabkan berlakunya perbalahan diantara suami isteri...

Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya...

Maka, disebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, maka lihatlah jua pada kelebihannya... Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memfokuskan kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya...

Kita boleh melihat diri kita dihadapan cermin...

Kita boleh melihat kekurangan wajah kita melalui cermin...

Namun, apa aib kita dibelakang, kita tidak mampu untuk melihatnya... Orang yang Nampak aib kita itu tidak lain tidak bukan adalah isteri atau suami kita...

Disebabkan itu, pasangan kita Nampak apa yang kita tidak perasan...

Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan... Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk...

Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan kita mahukan yang terbaik untuk kita...


====================
ALORA SKINCARE
====================


#3... Jangan mengangkat suara dengan nada tinggi

Meninggikan suara kepada pasangan sama ada ketika dia berseorangan, atau ketika bersama-sama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang silap...

Jika kita merasakan bahawa ia untuk menunjukkan ketegasan kita, itu tidak betul...

Sebenarnya hanya menunjukkan keegoaan kita...

Malah juga turut menjatuhkan air mukanya di hadapan ramai...

Sebaliknya, panggillah dengan sebaik-sebaik cara... Walau geram dan marah sekalipun, panggillah dengan penuh kelembutan...

Ingatlah, ia akan lebih menjaga maruah pasangan dan kita sendiri juga...

Malah pendekatan lembut dapat menjadikan hubungan yang tegang menjadi baik...

Walaupun pasangan kita melakukan kesilapan sekalipun, carilah pendekatan terbaik untuk menegurnya... Cara terbaik adalah menjadi kawan kepadanya...

Apabila wujud hubungan persahabatan antara dua pihak, maka nasihat senang untuk disampaikan...

Malah pasangan kita juga mudah untuk menerimanya...

Ingat, untuk setiap perkara menjadi mudah, kita perlu rapat dengannya...

Apabila kita telah rapat dengannya, perkara yang kita tegur secara lembut pun mudah diikutinya...

Sebaliknya, jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita...



#4... Jangan sesekali menipu dalam hubungan suami isteri

Pantang bagi kaum wanita adalah orang yang suka menipu...

Para suami, sekali kita menipu, ia akan meninggalkan sebuah lubang dalam hati isteri...

Jadi mengapa mesti kita berbohong?

Bukankah ia adalah tabiat yang tidak baik... Bahkan, ingatlah, orang yang bercakap bohong tiada tempat untuknya dalam syurga...

Suami yang suka berbohong tidak akan memperoleh kepercayaan isterinya...

Keadaan ini tidak baik untuk hubungan suami isteri... Ia boleh meruntuhkan rumah tangga berkenaan... Perbuatan berbohong tidak pernah ada dalam hidup kita... Maka mengapa perlu kita berbohong?

Begitu juga dengan isteri...

Jangan sesekali membohongi isteri kita... Pembohongan terhadap suami boleh mengikis keyakinan dan kepercayaannya...

Sentiasalah jujur dengan suami dalam apa juga perkara yang kita lakukan... Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan...



#5... Elakkan berasa tidak bersalah dan diri sendiri selalu betul

Jika kita melakukan kesilapan, beranilah untuk mengakuinya...

Jangan pula menjadi sebaliknya... Hormatilah perasaan dan pandangan pasangan kita... Sebaik-baik diri kita, pasti akan ada jua kelemahannya... Ini tidak boleh dinafikan...

Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi dalam hubungan suami isteri...

Namun apabila kita telah melakukan kesilapan, maka akuilah dan perbetulkan kesilapan berkenaan...

Jangan pula demi mempertahankan ego, kita berasakan diri kitalah yang sentiasa benar dan pasangan pula sentiasa salah...



6... Jangan selalu meninggalkan isteri di rumah

Perkara ini adalah sangat penting...

Ia selalu dipandang remeh oleh para suami...

Jangan selalu meninggalkan isteri kita tanpa sebab yang munasabah, ini kadangkala boleh mengguris perasaannya...

Ia boleh menyebabkan isteri berasa seolah-olah dirinya tidak dihargai... Malah jika terlalu kerap, ia boleh meninggalkan kesan yang tidak baik dihatinya...

Isteri kita penat berusaha untuk keluarga kita...

Maka perbuatan meninggalkan isteri tanpa sebab lama kelamaan akan menyebabkan rasa dia tidak wujud langsung dalam hidup kita...

Sedangkan isteri sebaliknya kerana perlu  memikirkan banyak tanggungjawab yang digalas...

Oleh itu, cubalah bawanya dan berikan masa yang terbaik terhadapnya...

Tidak salah sekiranya sesekali kita membawa isteri bersiar-siar ke tempat-tempat yang menarik untuk bersamanya...

Isteri juga mahukan hiburan bersama kita...

Dan apa yang lebih penting lagi adalah meluangkan masa bersama...



#7... Jangan tidak bermesra ketika isteri sedang haid

Jangan kerana isteri sedang haid, suami pula menjauhkan diri...

Ingat, apa yang Islam tidak benarkan adalah melakukan persetubuhan sahaja... Bermesra tidak dilarang sama sekali...

Maka jangan kerana isteri sedang datang bulan, para suami sekalian menjauhkan diri daripadanya...

Bermesra dengan isteri adalah salah satu tanda suami yang penyayang... Tidak kira bagaimana keadaan isteri, jika bermesra dengannya boleh mendatangkan kebaikan dalam hubungan, maka lakukanlah...

Kemesraan sesama suami isteri adalah lambing kebahagiaan yang diharapkan...

Berbahagialah kepada pasangan suami isteri yang cuba membahagiakan sesame mereka... Kelak akan harmonilah rumah tangga mereka...





Bagaimana Caranya Menjadikan Rumah Tangga Kita Syurga?

Ilmu sangat penting dalam membina rumah tangga sakinah dan mawaddah

Semua orang menginginkan rumahtangga yang bahagia...

Tetapi bagaimanakah hendak mencapai bahagia itu? Adakah ia sekadar nasib yang baik semata-mata?

Tidak...

Bahagia boleh dicapai dengan ilmu...

Sangat penting untuk kita belajar atau sekurang-sekurangnya mengambil tahu sedikit sebanyak ilmu berkaitan dengannya kerana ia telah menjadi tanggungjawab kita bila bergelar suami atau isteri...

Oleh itu kalau nak bahagia, carilah ilmu...


RESEPI TIRAMISU MOCHA DELICIOS


Resepi Tiramisu Mocha
===========================

Bahan-Bahan:

++ 250g cream cheese
++ 250g whipped cream
++ 150g gula
++ coffee layer cake (boleh ganti dengan biskut yang dicelup dengan air nescafe)
++ 1/2 paket nescafe or mocha 3 in 1 (untuk hiasan atas kek)


===================
ALORA SKINCARE
===================


Cara Membuat:

#1... Potong & susun coffee layer cake dalam loyang (1st layer)...

#2... Pukul cream cheese, whipped cream & gula dengan hand mixer sehingga berkrim...

#3... Tuang campuran tadi diatas lapisan cake yang pertama...

#4... Susun selapis lagi coffee layer cake diatas campuran tadi (2nd layer)

#5... Tuang campuran lagi di atas lapisan cake yang kedua... Ulang sehingga habis...

#6... Taburkan 1/4 atau 1/2 paket nescafe 3in1 di atas kek...

#7... Simpan dalam peti sejuk sehingga semalaman... Hidangkan...

Selamat mencuba !


RESEPI DAGING KAMBING MASALA


Resepi Daging Kambing Masala
========================

Bahan-Bahan:

1 kg daging kambing

++  kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana
++ gaul bersama 1 sudu serbuk kunyit dan sedikit garam
++ rebus dgn sedikit air hingga air kurang atau daging cukup masak

Bahan Kisar :

++ 7 ulas bawang merah
++ 5 ulas bawang putih
++ 2 inci halia
++ 1-2 batang serai

Bahan Lain:

++ 1 labu bawang besar (dihiris)
++ 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
++ 2 biji tomato (potong empat)
++ 2 tangkai cili hijau (dihiris)
++ 2 tangkai cili merah (dihiris)
++ 1 tangkai daun kari sedikit daun ketumbar
++ 1 keping kayu manis
++ 1 bunga lawang
++ 3 biji pelaga
++ 1/2 sudu biji jintan putih
++ 1/2 sudu biji jintan manis
++ 1/2 sudu serbuk ketumbar
++ 3 sudu serbuk cili
++ 1 sudu serbuk garam masala
++ 2 gelas air
++ Minyak masak


=======================
ALORA SKINCARE
=======================

Cara Memasak:

#1... Panaskan minyak dalam kuali... Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis...

#2... Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi...

#3... Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari... Kacau seketika dan masukkan tomato...

#4... Kemudian, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi... Kacau bersama ubi kentang... Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya... Kacau sebati... Tutup periuk dan biarkan mendidih...

#5... Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala... Gaul sebati dan biarkan seketika...

#6... Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak... Taburkan daun ketumbar dan gaul... Padamkan api... Hidangkan...

Selamat mencuba !


Thursday 14 January 2016

BAGAIMANA CARA UNTUK MENAHAN MARAH DAN MENGHAPUSKAN DENDAM?



“Aku benci dia”

“Aku tidak mahu tengok muka dia lagi”

“Aku tidak akan sesekali maafkan dia”

“Aku akan buat dia rasa apa yang aku rasa”

Pernah atau tidak terlintas ungkapan-ungkapan di atas meniti di bibir kita atau berkunjung di benak hati dan fikiran kita?

Jika ya, apakah sebenarnya perasaan kita ketika itu? Marah? Benci? Sedih?

Jika tidak, syukurlah kerana jiwa kita bebas daripada belenggu dendam...



#Perasaan dendam membuatkan kita tidak senang hati...

Mendengarnya sahaja sudah membuat jiwa resah dan terusik...

Pasti pelbagai perasaan dirasa yang sudah tentunya berbaur negatif... Dendam itu memakan jiwa, merosakkan rasa dan menyesakkan diri...

Seseorang yang menyimpan dendam pasti berada dalam keadaan tidak senang hati... Mereka merasakan semua serba tidak adil dan perlukan tindakan untuk menuntut bela...

Sementalah ungkapan bibir dan hati terus mengucapkan kata-kata yang tidak enak didengar...

Sifat dendam sangat berkait dengan perasaan marah... Sebagai manusia sememangnya kita dikurniakan pelbagai perasaan...

Rasa gembira, sedih, kecewa, teruja, marah dan pelbagai lagi... Perasaan ini sering berubah-rubah... Namun, perasaan ini perlu ada untuk mencorakkan kehidupan kita...

======================
ALORA SKINCARE
======================


Dari Abu Hurairah r...a:

“Sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah s...a...w : Ya Rasulullah nasihatilah saya... Beliau bersabda: Jangan kamu marah... Dia menanyakan itu berkali-kali... Maka baginda bersabda, Jangan engkau marah”...

Seseorang yang dalam keadaan marah, emosinya terganggu, fikirannya celaru dan hilang pertimbangannya... Ketika itulah percakapannya mendahului apa yang difikirkan oleh akalnya...

Seperti melepaskan lelah yang panjang... Tanpa berfikir semua kata-kata yang dilontarkan kepada individu yang dimarahinya begitu menyakitkan...

Imam Ghazali pernah bertanyakan kepada anak-anak muridnya:

“Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Mereka menjawab: “Pedang”

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa yang paling tajam sekali di dunia ini adalah lidah manusia... Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri...

Benarlah sabda Nabi Muhammad s...a...w

“Amal yang paling dicintai Allah s...w...t adalah menjaga lisan”

(Hadis riwayat Baihaqi)

Maha Kuasa Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik penciptaan... Cukup sempurna ciptaan Allah...

Antara kekuasaan Allah dapat dilihat dalam penciptaan anggota badan manusia... Sungguh setiap ciptaan Allah itu tidak sia-sia dan pasti ada hikmahnya...

Allah menciptakan manusia dengan dua telinga dan satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar daripada berbicara...



Bagaimanakah cara untuk menahan marah?

Rasulullah s...a...w bersabda:

“Apabila salah seorang dari kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk... Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya... Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring”

(Hadis riwayat Muslim)

“Sesungguhnya marah itu dari syaitan... Syaitan itu dijadikan daripada api... Maka apabila kamu marah hendaklah kamu berwudhuk”

(Hadis riwayat Adu Daud)

Apabila kita hendak marah, segeralah beristighfar sehingga hilang perasaan marah tersebut...

Diam seketika, sabar... Kemudian, fikirkan tentang perkara tersebut... Adakah berbaloi untuk melontarkan kemarahan?

Jika terlanjur melepaskan kemarahan, segeralah beristighfar... Mohonlah keampunan daripada Allah s...w...t dan kekuatan untuk menghadapi situasi tersebut walaupun perit...



Menahan marah adalah salah satu jalan mendapat ketenangan hati

Sabda Rasulullah s...a...w

“Mahukah kamu aku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan seseorang dan mengangkat darjat ketinggiannya? Mereka menjawab, ‘Bahkan ya Rasulullah’... Rasulullah s...a...w bersabda, ‘Berlemah-lembutlah terhadap orang yang mengetahui kamu, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, berikanlah kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan hubungkanlah silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan kamu”

(Hadis riwayat At-Tabrani dan Al-Bazzar)

Seseorang yang memaafkan kesalahan orang lain, sebenarnya sedang membantu memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik...

Malah dia akan dihormati dan disayangi oleh orang sekelilingnya... Ingatlah sifat dendam dan marah itu jika dibiarkan bersarang di dalam diri pasti menghitamkan hati...

Jadi bersihkanlah ia dengan kata-kata maaf, redha dan taubat kepada Illahi...

Buangkanlah sifat pemarah dan dendam ini dalam diri kita agar hidup kita sentiasa tenang...



Marah itu nafsu... Raihlah ganjaran menahan marah

Sesungguhnya orang yang dapat menahan marah itu adalah individu yang hebat dan akan dikurniakan ganjaran yang lumayan daripada Allah s...w...t...

“Bukanlah orang yang kuat itu yang dapat membanting lawannya, kekuatan seseorang itu bukan diukur dengan kekuatan tetapi yang disebut orang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya pada waktu marah”...

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Barangsiapa yang menahan marah, padahal ia mampu untuk melampiaskannya, maka Allah akan menyerunya di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, hingga ia dipersilakan oleh Allah Taala untuk memilih bidadari yang ia sukai”...

(Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)



Anda akan menjadi manusia yang cukup kuat apabila dapat memaafkan

Belajarlah mendidik diri untuk mengawal kemarahan...

Jangan wujudkan walau sedikit pun perasaan dendam dalam diri kita... Dengan memaafkan orang lain bererti anda cukup kuat untuk bisa memahami bahawa manusia tidak sempurna dan bisa berbuat salah...

Dengan memaafkan juga langkah anda menjadi ringan dalam meraih impian...

Sudahkah kita bersedia memperbaiki diri? Jom jadi pemaaf...


.