Tuesday, 29 December 2015

Filled Under:
, ,

AKIBAT BERNIKAH DENGAN WANITA YANG SEDANG HAMIL





(Soalan)

...Sesungguhnya permasalahan ini amat berat... Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu... Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan... Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat... Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam & tulisan ini...

---------------

(JAWAPAN)

Telah agak lama saya terima soalan sebegini & agak kerap juga... Jika ia hanya sekadar soalan ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat kita...
Ini bermakna, agak ramai wanita & lelaki yang telah terlanjur sebegini & kemudian baru terfikir hukum bagi menyelesaikannya... Sebagai manusia biasa, saya agak geram bila diajukan soalan ini... Hinggakan agak kerap juga saya menjawab dengan mudah iaitu... "Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina" demikian jawapan semasa geram saya...

"Ini kerana jika sememangnya tiada "manual panduan yang normal" hukum yang mudah bagi menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta apabila kerosakan enjin keretanya" Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal, apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si empunya kereta memberitahu :-
"Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol"
Saya kira sudah tentu mekanik itu juga merasa ‘bengang' dengan perangai ‘kurang cerdik' tuan punya kereta... Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal & sukar,tuan punya kereta mulalah membebel & marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah & murah...

------------

"mana boleh murah & senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga & guna kereta... Kalau nak murah......LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL NI OK !" kata mekanik mera&g apabila diminta membaiki kerosakan berat itu dengan kos murah...
Inilah seolah-olahnya ra&gan saya juga di peringkat awal dulu... Dah berzina hingga mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram & kesannya... Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya... Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertawbat, maka inilah jawapannya:-

Apabila seorang lelaki & wanita itu telah bertawbat dengan tawbat yang benar, & berkahwin semasa si wanita itu se&g mengandungkan anaknya secara pasti... Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie & perlulah didaftarkan sebaiknya... Mazhab Hanbali menjadikan tawbat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut... Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3... Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan tawbat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut...

----------



(+)HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH & HAMIL

Adapun berkenaan hal ‘iddah' & bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah...
Hukum asal bagi perkahwinan & perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru...( Al-Ikthiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/78)...

(a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih HidupTempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :-
Ertinya : "& wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 )

(b) Tempoh Iddah Wanita MengandungTempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin... Ia berdasarkan firman Allah SWT :-
وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّ
Ertinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya"
( At-Talaq : 3)




(c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati
Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung... Ia berdasarkan firman Allah :-
والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراً
Ertinya : & bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu & meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 )
Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah :

ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجله


Ertinya : "& jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 )

Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram... Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya... Ia berdasarkan firman Allah...
Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam... Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal... Sebagaimana manual & panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal... Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik...

-----------

(+)Kes Zina Bermasalah
Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina & hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain... Ulama berbeza pan&gan dalam hal ini...

Mazhab Maliki, Syafie & At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina... Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa & haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina...
( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)
Pan&gan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r...a , Umar Al-Khattab r...a & Ali Bin Abi Talib r...a...

Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r...a :
Ertinya : "......penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati"

(+)dan juga sebuah lagi dalil iaitu :
لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح


Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)
Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah... Justeru, perkahwinan penzina wanita yang se&g mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini & juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah...

(+)Lagi Displin Khas
Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu... Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!... Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah...
Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya :

"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah & RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita se&g mengandungkan benih lelaki lain)"
( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)
Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki & pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut... Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan & pernikahan itu juga sah...

(+)Kesimpulan
Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat & jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin...




0 comments:

Post a Comment