Tuesday, 29 December 2015

Filled Under:
, , ,

Perlukah Solat Istikharah Untuk Paksaan Demi Perkahwinan



Dulu saya pernah berkawan dengan seorang lelaki & akhirnya putus, walaubagaimanapun, lelaki tersebut tidak berpuas hati & mengatakan dia telah melakukan istikharah & dia pasti saya adalah teman hidupnya & mengatakan sekiranya saya berkahwin saya mungkin akan bercerai atau suami saya akan mati & akhirnya saya tetap berkahwin dengan dia (adakah lelaki ini berdosa cakap macam tu)...

Saya agak risau pada mulanya kerana bila saya istikharah saya tak nampak apa-apa (mungkin tidak khusy' atau tak tau laa) sehingga saya jadi ragu-ragu...

Sekarang saya telah berkahwin dengan lelaki lain (suami saya sekarang) & saya berharap hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat...

Minta pan&gan ustaz, adakah lelaki itu "jahat" kerana menggunakan alasan istikharah untuk memaksa orang mengahwininya...

------------

(JAWAPAN UZAR)

Nak Kahwin?
1) Perlu fahami konsep istikharah terlebih dahulu... Boleh baca juga jawapan saya berkenaan istikharah di sini... Antara yang perlu difahami adalah, bagi mendapat tanda yang benar, setiap individu yang ingin melakukan istikaharah ini mestilah memberishkan niat & hatinya dari sebarang pilihannya SEBELUM melakukan istikharah ini... serta benar-benar berniat bahawa ia akan menerima apa sahaja pilihan yang akan didapatinya dari istikharah tadi... Demikian pendapat majoriti ulama...

Ringkasnya, dalam sebuah hadis sohih menyebut :-

كان رسول اللَّهِ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ في الْأُمُورِ كما يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ من الْقُرْآنِ يقول إذا هَمَّ أحدكم بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ من غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللهم إني أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ من فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ ولا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللهم إن كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ خَيْرٌ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي ثُمَّ بَارِكْ لي فيه وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ شَرٌّ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال في عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عنه وَاقْدُرْ لي الْخَيْرَ حَيْثُ كان ثُمَّ أَرْضِنِي به قال وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ




Ertinya : Adalah Rasulullah s...a...w mengajar kami melakukan istikharah (meminta petunjuk) sama sepertimana mengajar kami surah-surah Al-Quran... Apabila seseorang kamu mempunyai sesuatu hajat hendaklah dia solat solat dua raka'at & kemudian berdoa ( dengan doa yang diwarnakan merah di atas)" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1109, 1/391)

2) Ugutan si lelaki adalah salah & mendedahkan kelemahannya... Ia juga tergolong dalam hal yang ditegah oleh Islam... Dimana Islam menegah umatnya untuk menakutkan & mengugut yang lain...

+Dalam sebuah hadis menyatakan :

كَانُوا يَسِيرُونَ مع النبي فَنَامَ رَجُلٌ منهم فَانْطَلَقَ بَعْضُهُمْ إلى حَبْلٍ معه فَأَخَذَهُ فَفَزِعَ فقال رسول اللَّهِ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Ertinya : Para sahabat Nabi berjalan (jauh) bersama Nabi saw, lalu seorang dari mereka tidur, sebahagian mereka mula mengambil tali (lalu mengikatnya) & mengejutkannya (menakutkannya), baginda mendengarnya lalu berkata : "Tidak halal seorang Muslim untuk menakutkan seorang Muslim yang lain" (terjemahan berdasarkan huraian kitab Mirqat Al-Mafatih, 7/103)

Di dalam kitab 'Aunul Ma'bud syarah Sunan Abu Daud, dalam menghuraikan hadis di atas mengatakan tidak halal seseorang mempermainkan rakan yang lain samada dengan niat gurauan, menakutkan & lain-lain... Al-Munziri pula tidak memberikan sebarang komen tentang taraf hadis ini ('Aunul Ma'bud, 13/236)

Kesimpulannya, perkataan-perkataan yag digunakan oleh lelaki tadi pada hemat saya adalah tergolong dalam kategori ini... Selain itu, ia juga salah kerana berbentuk ramalan berdasarkan tanda istikharahnya semata-mata, malah tanda ini juga mungkin boleh disilapfahamkan jika hati sudah berat sebelah...

3) Ye semoga rumahtangga anda bahagia & jangan terpengaruh dengan ‘ugutan' tidak langsung lelaki tersebut...

4) Perlu difahami bahawa tanda istikharah lelaki A (sebagai contoh) berkemungkinan menunjukkan wanita B adalah sesuai & baik untuknya... Namun istikharah wanita B, menunjukkan lelaki A tidak sesuai untuknya... Ia kerap & boleh berlaku... Justeru, jangan merasa pelik, jika anda mendapat tanda yang baik, tetapi bakal pasangan anda mendapat tanda sebaliknya, kesimpulan jika mendapat tanda sedemikian adalah, anda berdua tidak sesuai...




0 comments:

Post a Comment