Tuesday, 22 December 2015
Filled Under:
Petua Berguna
PETUA UNTUK HILANGKAN JERAWAT DI MUKA .
Posted By:
Fatimah
on 00:12
jom hilangkan jeragat!
Anda boleh menghilangkan jeragat dari rumah dengan kaedah remedi, iaitu menggunakan apa yang ada di dapur rumah sebagai bahan menghilangkan jeragat. Cara ini juga dikenali sebagai cara tradisional.
1. Kerapkan Membasuh Muka
{#}Anda dikehendaki untuk membasuh tempat berkenaan dengan lembut, dua kali sehari menggunakan sabun muka seperti Dove. Namun perlu ingat bahawa penggunaan sabun yang berlebihan ataupun menggosok dengan terlalu kuat boleh merosakkan kulit muka, oleh itu berbuatlah berpada-pada.
2. Menggunakan Produk Jerawat dan Jeragat di Pasaran
{#}Tidak dinafikan bahawa ubat-ubatan yang boleh dibeli di pasaran memberikan kesan yang positif kepada masalah kulit ini, oleh itu anda digalakkan untuk menggunakannya. Antara produk yang boleh digunakan adalah yang mengandungi benzoyl peroxide dan salicylic acid.
{#}Sebelum menyapukannya, adalah terbaik sekiranya anda membersihkan kulit muka terlebih dahulu, dan sapu 15 minit kemudian.
{#}Benzoyl peroxide boleh membunuh bakteria yang terdapat di pora kulit. Bahan ini banyak terdapat dalam produk penjagaan kulit yang berkait dengan jerawat. Elok- elok semasa menyapu produk yang mengandungi bahan ini, kerana sukar untuk ditanggalkan jika terkena pakaian.
{#}Salicylic acid pula boleh menanggalkan sel kulit yang mati. Selain itu, ia akan mengeringkan minyak yang berlebihan.
{#}Berhenti menggunakan produk-produk berkenaan jika anda mengalami alahan ataupun rasa gatal selepas penggunaan. Sila rujuk doktor ataupun pakar kulit.
{#}jangan pakai secara berlebih-lebihan. Ikuti dos yang dicadangkan pada arahan produk tersebut ataupun dari nasihat doktor. Penggunaan berlebihan boleh memberikan kesan yang jauh lebih teruk!
3. Menggunakan Tea Tree Oil
{#}Kaedah ini mungkin mengambil masa untuk berkesan (lebih kurang 3 bulan), namun kajian membuktikan bahawa tea tree oil sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit seperti mana benzoyl peroxide dengan kesan sampingan yang kurang.
Cara-caranya adalah:
{#}Celup putik kapas ke dalam larutan tea tree oil.
{#}Sapukan pada permukaan kulit yang terkesan sekali sehari.
{#}Jika anda mempunyai eczema ataupun masalah kulit yang lain, tea tree oil boleh memberikan kesan sampingan, oleh itu elakkan kaedah ini. Jangan menelan minyak ini kerana ia adalah toksin jika di ambil oleh badan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment