Monday, 28 December 2015
TIPS UNTUK DAPATKAN ANAK PEREMPUAN
Posted By:
Unknown
on 10:10
Mesti ada ibu-ibu atau ayah yang teringin nak dapat anak perempuan kan? Especially kalau yang dah berderet dapat boy atau jantina anak-anak yang tak balance... Based on pengalaman sendiri anak perempuan ni sifatnya lebih manja, kuat merajuk, lebih sensitif & suka bercantik- cantik... Mama pakai bedak dia pun nak pakai, belum masuk bab perfume & blusher lagi tu... Sebab tu kalau ada anak perempuan ni amek masa sikit bab nak bersiap untuk keluar... Mana taknya nak kena ikatkan rambut, pakaikan riben sebagainya 😂😂... Yang ada anak perempuan memang dah biasa sangat la dengan situasi camni kan?
------------
Tahu tak sebenarnya jantina bayi ni ditentukan oleh ciri-ciri kromosom dari suami? Ini kerana sperma suami membawa kromosom X & Y, manakala ovum isteri pula membawa kromosom X sahaja... Jadi penentuan jantina lelaki atau perempuan ni bergantung pada genetik suami kerana a&ya 2 jenis kromosom yang berlainan tadi... Apabila kromosom suami bercantum dengan kromosom isteri akan terhasil dua kebarangkalian iaitu sama ada XX ( bayi perempuan) atau XY (bayi lelaki)...
--------
Bagaimana cara nak dapat anak perempuan?
Ada 5 cara yang saya akan share di sini... Read with an open mind ya...😊
#1: Masa yang Tepat (Right Timing)
Sperma dengan kromosom X bergerak lebih perlahan & mempunyai jangka hayat yang lebih lama (>24 jam) berbanding sperma Y... Maka, hubungan intim suami isteri digalakkan berlaku 2 atau 1 hari sebelum ovulasi... Ini bagi membolehkan sperma dengan kromosom X yang boleh hidup lebih lama tadi bercantum dengan ovum sebaik sahaja ia dilepaskan... Seperti yang kita tahu ovum membawa kromosom X , jadi bila ovum X bertemu sperma X, dapatlah bayi perempuan... Sebab tu dalam soal merancang kehamilan atau jantina anak, sangat penting untuk wanita mengetahui waktu subur (waktu ovulasi) masing- masing... Boleh gunakan test kit opk juga untuk bantu anda ketahui waktu subur...
#2: Kedalaman Zakar Suami
Untuk mendapatkan anak perempuan, kedalaman zakar di dalam faraj tidaklah perlu terlalu dalam... Ini akan menghasilkan jarak yang lebih panjang untuk sperma X berenang sekaligus membolehkan sperma X yang mempunyai jangka hayat lebih lama untuk bertemu dengan ovum...
#3: Faktor Pemakanan
Isteri digalakkan mengamalkan makanan yang berasid seperti limau, asam, mangga & lain-lain... Suami pula harus mengamalkan makanan beralkali seperti sayuran, buah-buahan, kekacang, makanan pedas, susu, keju & putih telur... Makanan laut tidak digalakkan... Seeloknya corak pemakanan ni diamalkan sekurang- kurangnya 3 bulan sebelum plan untuk hamil sebab nak bagi ba& kita standby siap- siap samada alkali ke asid...
#4: Faktor Keasi& Faraj
Sperma X lebih bertahan dalam keadaan berasid berbanding sperma Y... Oleh itu wanita yang nak hamil and dapat anak perempuan disarankan membasuh bahagian kemaluan dengan sedikit cecair berasid ringan seperti lactacyd dalam lingkungan 2 jam sebelum melakukan hubungan intim dengan suami... Cara ini boleh meningkatkan peluang anda untuk dapat anak perempuan...
#5: Klimaks
Sebaiknya tahap kepuasan/klimaks suami dicapai sebelum isteri... Ini bagi mewujudkan keadaan yang lebih berasid yang boleh meransang pergerakan sperma X...
------------
Itulah 5 petua yang boleh diamalkan... Amaran: –> tips ni takde lah 100% menjamin anda untuk dapat baby girl ya... Tapi tak salah nak cuba sebab chances lebih tinggi bila dipraktiskan insyaAllah... Oh ye selain itu ada juga yang rancang jantina based on jadual dari kalendar kuno cina (cuba google ye)... Saya tak pernah guna jadual kuno ni tapi ada yang cakap accuracy dia up to 99% so ibu- ibu mungkin boleh cuba...
Kesimpulannya, lelaki atau perempuan semuanya dah tersurat & kita sebagai hambaNYA perlu terima rezeki yang telah ditetapkan sea&ya... Apa yang penting baby sihat, ibu selamat & anak yang dilahirkan jadi anak yang soleh- solehah mampu doakan kita kelak bila dah tiada... Nantikan tips untuk dapat baby boy akan datang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment