SUNNAH DAN ADAB RASULLAH MINUM MADU YANG RAMAI TAK TAHU
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu
yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku,.,. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu),.,."
(Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15),.,.
IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air
sejuk,.,.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan,.,. Rasulullah SAW juga
suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi,.,.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
****
1,.,. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2,.,. Mencuci perut
3,.,. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4,.,. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5,.,. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati,.,. Rasullah SAW suka
minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis
minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran
madu atau nabiz (rendaman buah tamar),.,.
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku
dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak
dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai
khasiat yang lebih besar,.,.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk
penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu
menyalurkannya keseluruh anggota badan,.,.
Ringkasan adab minum
1,.,. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2,.,. Bacalah ” Bismillah”
3,.,. Minum dengan tiga nafas
4,.,. Minum dalam keadaan duduk
5,.,. Jangan bernafas kedalam air,.,. Setiap kali berhenti minum arahkan
pernafasan ketempat lain,.,.
6,.,. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah
Alhamdullilah
7,.,. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil
berdiri
8,.,. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis
menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat
untuk penyakit
9,.,. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun
setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat,.,.
0 comments:
Post a Comment