Saturday, 26 December 2015

Filled Under:
,

Hukum Bercakap Ketika Khutbah Jumaat


 Hukum Bercakap Ketika Khutbah Jumaat

#Hukum Bercakap Semasa Khutbah Jumaat - Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda :"Jika kamu berkata kepada sahabat kamu 'diam' semasa imam sedang berkhutbah pada hari jumaat maka kamu telah berkata yang lagha ( berkata perkara yang sia-sia)"

*******
*******



#~HR...Bukhari #892 Muslim 851~

#"Jika kamu berkata kepada kawanmu diam pada hari jumaat dan khatib sedang membaca khutbah maka tiada pahala jumaat baginya..." (Nailul Authar dari Abu Hurairah)...

-----
-----

#Menurut mazhab imam Syafie hukumnya makruh berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah...
Manakala tiga imam yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali ) mengatakan haram berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah...

#Berkata-kata ketika imam sedang berkhutbah menyebabkan tidak mendapat pahala solat jumaat tetapi solat jumaat tetap sah...

#Dibenarkan berkata-kata dalam keadaan tertentu (darurat) seperti mahu memberikan amaran kepada si buta daripada terjatuh ke dalam telaga, solat tahiyatul masjid, mengucapkan "yarhamukallah" kepada orang yang bersin, menjawab salam dan berselawat apabila mendengar selawat...

#Mengaminkan doa ketika imam khutbah jumaat tidaklah tergolong dalam kategori perkataan yang lagha (sia-sia) ia dibenarkan cuma dengan kadar suara yang perlahan... 




0 comments:

Post a Comment