Sunday, 27 December 2015
Nampak Pelik Tapi Ini Lah Cara Untuk Goda Suami Merajuk
Posted By:
Unknown
on 08:46
^^Cara goda suami merajuk bukan perkara main-main... Nampak remeh, tapi penting... Di sini saya mahu berkongsi tips untuk memikat semula hati suami yang sudah pudar kepada isteri... Saya dan suami berusia 33 tahun... Kami sudah berumahtangga selama 10 tahun dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil... Saya dan suami hampir bercerai kerana dia curang dengan rakan sekerjanya selama hampir setahun... Mereka memang susah untuk dipisahkan... Untuk pengetahuan, suami saya seorang kaki perempuan sejak dahulu lagi...
-------------
**Jika tidur dia akan matikan telefon dan telefonnya diletakkan password... Pantang disentuh pasti dia akan mengamuk...
**Pantang berjumpa dahi licin pasti dia tidak boleh duduk diam... Telefon bimbit pula sentiasa di dalam simpanannya... Dia akan pergi ke mana-mana dengan telefon bimbitnya walaupun ke tandas... Jika tidur dia akan matikan telefon dan telefonnya diletakkan password... Pantang disentuh pasti dia akan mengamuk... Semenjak saya tahu suami saya curang dengan gadis yang 10 tahun lebih muda dari saya, saya nekad untuk berbuat sesuatu... Ini antara yang saya lakukan...
#1... Diet dan Turunkan Berat Badan:
*Saya cuba untuk diet bersungguh-sungguh... Untuk pengetahuan semua, saya agak gemuk semasa suami saya curang... Dari berat saya 73kg, turun ke 58kg... Saya berjaya hilang 15kg... Saya juga berjaya mendapat potongan yang menarik... Spare tyre juga sudah tiada...
#2... Mencantikkan diri luaran & dalaman:
*Selepas itu saya membeli produk yang ada di pasaran untuk kelihatan cantik dan muda... Saya memilih produk untuk cantik luaran dan dalaman... Contohnya produk yang ‘mendarakan’ semula para isteri selepas melahirkan anak... Selain itu, produk untuk kecantikan kulit muka juga sangat penting untuk menaikkan seri muka... Carilah mana-mana yang sesuai...
Baca: 6 tips elakkan badan lesu ketika bangun tidur
#3... Berhias dan seksi dalam rumah:
*Di samping itu jangan lupa untuk berhias walaupun di rumah... Pakailah walau secalit lip gloss ketika suami ada di rumah... Sewaktu bercinta dahulu berkepuk-kepuk bedak kita pakai... Jangan lupa untuk membeli baju baru... Berkorbanlah sedikit untuk kelihatan cantik di mata suami... Tidak salahkan?
Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai...
#4... Layan suami bagai raja:
*Di samping itu, kita juga perlu memberi layanan extra kepada suami... Bukan hanya layanan di bilik tidur sahaja... Jangan gelakkan saya pula tetapi memang saya lakukan tetapi saya meminta kebenaran dari suami saya terlebih dahulu... Apabila ada masa terluang, saya akan memotong kuku suami, bersihkan telinga, cabut janggut dan misai yang serabai, picit jerawat di belakang badannya, bersihkan kelemumur di kepala menggunakan minyak zaitun dan urut bahu dan badannya semasa dia menonton televisyen...
Tag kata kunci: tips, rumah tangga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment