Thursday 14 January 2016

Filled Under:

BINGKA CHEEZY BERLAUK


BINGKA CHEEZY BERLAUK
=======================

Bahan A (bancuhan tepung):
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu makan tepung jagung
- 3 cawan santan (boleh guna 1 cawan susu cair + 2 cawan air) - akak guna santan kotak 1 cawan + 2 - cawan air
- 1 sudu garam halus
- 2 biji telor
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 sudu makan parutan Cheddar Cheese

Bahan B (Inti):-
+ 200 gm daging kisar/cincang
+ 2 biji kentang - dipotong dadu
+ 1 labu bawang besar - dipotong dadu
+ 2 ulas bawang putih - cincang (akak tambah ni)
+ 1 batang kecil lobak merah - didadu (akak parut halus)
+ 1 sudu makan rempah kari (akak letak 2 sudu)
+ 2 biji cili merah (dihiris halus)
+ 5 tangkai daun sup (dihiris halus)
+ 1 pokok daun bawang (dihiris halus)
+ 1 sudu makan minyak masak
+ garam secukup rasa

=====================
ALORA SKINCARE
=====================


Cara-Cara Membuat Bingka:-
1. Kacau semua bahan kecuali Cheddar Cheese dan tapiskan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah dilenser dengan marjerin...
2. Kemudian taburkan Cheddar Cheese tadi...
3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 20 minit dahulu...
4. Kemudian keluarkan dan tuangkan inti lauk dan rata-ratakan di permukaan bingka... Bakar lagi selama 30 minit/hingga masak...
5. Sejukkan dan taburkan dengan cili merah, daun sup dan daun bawang yang dihiris... Potong dan hidangkan...

Cara Memasak Inti:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu...
2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masukkan rempah kari dan kacau rata lagi...
3. Masukkan kentang dahulu, diikuti dengan lobak dan garam secukup rasa... Masak hingga daging sedikit kering dan masak elok...
4. Seimbangkan rasa dan tutup api... (*kalau terlalu banyak minyak, toskan inti daging sekejap)... (akak masukkan sebahagian bahan hirisan semasa membakar, dan sebahagian lagi ditabur semasa menghidang)...

Selamat mencuba !




0 comments:

Post a Comment