Monday 11 January 2016

Filled Under:

RESEPI KEK PAVLOVA



RESEPI KEK PAVLOVA
====================

Bahan - Bahan :
+4 biji putih telur
+1 cawan gula kastor
+1/2 sudu teh esen vanilla
+1 sudu teh cuka masakan
+1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan:
+1 cawan (240 ml ) whipping cream
+1 1/2 sudu besar gula halus
+1/2 sudu teh esen vanilla

Tips sebelum membakar :

#Pastikan (baca dengan nada garang... hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yg masuk dalam telur putih...

#Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yg disimpan dalam peti sejuk... Telur yg sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih... Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik... Jangan guna masa telur masih sejuk...
Periksa peralatan yg digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak...



Cara-cara :
#Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan...
Kemudian, dengan kelajuan yg tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan... Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat... Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yg belum hancur...

#Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat... Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk...
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati...
Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yg tajam dihujung...

#Masukkan tepung jagung dan cuka... Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu...
Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper)... Saya gunakan tin kek yg bersaiz 7 inci... Zaapp... Dah jadi bulat...
Bentukkan meringue mengikut bulatan yg kita lukis... Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah... Konon macam tebing pendek la kan...

Masa membakar :
1)... Panaskan oven pada suhu 150' C... Saya panaskan 15 minit lebih awal... Letakkan rak di tengah bahagian oven...
2)... Masukkan adunan meringue... Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C... Masak selama 1 jam... Pavlova dimasak dengan api yg sederhana panas...
3)... Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda... Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam... Tutup api... Biarkan pintu oven sedikit terbuka... Jangan keluarkan meringue terus dari oven... Tunggu sehingga sejuk...

Cara menghias :
*1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental... Satu petua nak mudahkan kerja... Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream...

*2- Bila whipping cream dah kental... Masukkan gula dan esen vanila...
Ini pendapat sayalah kan... Whipping cream tu dah manis... Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah...

*3- Masukkan whipped cream dalam plastik... Simpan dalam peti ais beku sekejap... Nanti bila nak deco baru keluarkan...

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yg siap dipotong... Untuk lebih menarik, hiaskan dengan buah-buahan yg memberikan warna yg menarik... Kalau hias awal sangat nanti takut kek pavlova tu berderai...

Selamat Mencuba!!!




0 comments:

Post a Comment