Tuesday 12 January 2016

Filled Under:

SPAGETTIE BOLOGNESE WITH CHEESE



SPAGETTIE BOLOGNESE WITH CHEESE
===================================

BAHAN-BAHAN:

+1 paket daging cincang
+1 labu bawang besar di dadu
+1 biji tomato segar di dadu
+1/2 batang carrot di dadu ( optional )
+1/2 pelepah celery dicincang kasar (optional)
+1 tin tomato puri @ boleh guna sos spaghetti kimbal
+Oregano flakes ( letak setengah sudu kecil dlu..kalau tak rasa tambah sikit lg mengikut selera anda)
+2 sudu besar sos chili ( boleh tambah bagi mengimbangi rasa masam, manis dan sedikit pedas)
+garam secukup rasa
+Air secukupnya
+1 sudu kecil tepung gandum ( dibancuh dengan sedikit air )
+Sedikit black pepper
+Sedikit Minyak untuk menumis


================
ALORA SKINCARE
================

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar yg di dadu.. tumis hingga naik bau dan sedikit layu.. Kemudian masukkan daging cincang dan tumis hingga daging bertukar warna dan agak masak.. boleh masukkan sedikit air bagi mengelakkan daging melekat pd periuk.. sebab kita guna minyak sikit je.
* masak dengan api sederhana

2. Kemudian masukkan tomato puri, tomato segar, carrot, celery ke dalam daging td.. Tambahkan air.. Masukkan sos chili dan masak sehingga kuah mendidih..

3. Setelah mendidih, masukkan garam, oregano dan black pepper.. Kacau sebati dan masukkan bancuhan tepung td ( masukkan sikit spy anda boleh adjust mengikut kepekatan yg anda mahu).. Didihkan sekejap dan tutup api..

* Nanti sejuk kuah akan sedikit pekat berbanding masa panas.. so masa panas tu sederhana pekat je kuahnya.. nt sejuk sikit just nice..

* bancuhan tepung selain memekatkan adalah bagi memberi kualiti rasa yg lebih sharp.

* Saya biasanya tak guna gula dalam kuah ni.. cukup dgn manis dari sos chili.. tapi kalau kurang boleh tambahkan sedikit gula.

4. Tuangkan kuah di atas spaghetti.. boleh letak cheese dan tabur sedikit black pepper kalau suka. sy masukkan dalam microwave sekejap bagi cheese tu melting.

Selamat mencuba !




0 comments:

Post a Comment