Sunday, 17 January 2016

Filled Under:

RESEPI DAGING KAMBING MASALA


Resepi Daging Kambing Masala
========================

Bahan-Bahan:

1 kg daging kambing

++  kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana
++ gaul bersama 1 sudu serbuk kunyit dan sedikit garam
++ rebus dgn sedikit air hingga air kurang atau daging cukup masak

Bahan Kisar :

++ 7 ulas bawang merah
++ 5 ulas bawang putih
++ 2 inci halia
++ 1-2 batang serai

Bahan Lain:

++ 1 labu bawang besar (dihiris)
++ 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
++ 2 biji tomato (potong empat)
++ 2 tangkai cili hijau (dihiris)
++ 2 tangkai cili merah (dihiris)
++ 1 tangkai daun kari sedikit daun ketumbar
++ 1 keping kayu manis
++ 1 bunga lawang
++ 3 biji pelaga
++ 1/2 sudu biji jintan putih
++ 1/2 sudu biji jintan manis
++ 1/2 sudu serbuk ketumbar
++ 3 sudu serbuk cili
++ 1 sudu serbuk garam masala
++ 2 gelas air
++ Minyak masak


=======================
ALORA SKINCARE
=======================

Cara Memasak:

#1... Panaskan minyak dalam kuali... Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis...

#2... Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi...

#3... Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari... Kacau seketika dan masukkan tomato...

#4... Kemudian, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi... Kacau bersama ubi kentang... Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya... Kacau sebati... Tutup periuk dan biarkan mendidih...

#5... Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala... Gaul sebati dan biarkan seketika...

#6... Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak... Taburkan daun ketumbar dan gaul... Padamkan api... Hidangkan...

Selamat mencuba !




0 comments:

Post a Comment