Wednesday 27 January 2016

Filled Under:

RESEPI SOTONG BUTTERMILK BERLEMAK


RESEPI SOTONG BUTTERMILK 
=========================================

Bahan-Bahannya :
+ Sotong
+ Serbuk Kari
+ Tepung Gandum
+ Telur Sebiji
+ Daun Kari
+ Butter
+ Cheese
+ Susu Cair
+ Cili Padi
+ Garam
+ Perasa
+ Gula

Cara-caranya:

Sotong Goreng
(+) Mula mula sotong dibasuh, ditos dan dikeringkan... Lepas tu diperap bersama serbuk kari & telur... Lepas tu tepung gandum dicampurkan dengan serbuk kari & garam sedikit......gaul rata2 sampai warna tepung tu jadi keperangan sikit......Lepas to ambil sotong & digaul satu persatu ke dalam tepung & kemudian digoreng... (Boleh gak masukkan daun kari utk digoreng bersama......nanti baunye harummm......) Goreng dengan api yang sederhana sehingga garing... Angkat dan toskan seketika...

Nota: Utk mendapatkan sotong yg ranggup & cantik, Sotong kena disalut satu persatu......Jangan campurkan semua sekali ke dalam tepung... Ini kerana sotong berair & akan membuatkan tepung mencair bersama sotong......so nanti sotong korang xcantiklah.........


Kuah Buttermilk
1.  Mengunakan kuali yang lain, panaskan mentega mengikut jumlah yang disukai... Biarkan sehingga mentega cair... Guna api perlahan jer... Kalau tidak, boleh hangit jadinya minyak kita tu.........

2.  Hiriskan beberapa biji cili padi mengikut pedas yang kita sukai dan beberapa pelepah daun kari... Masukkan ke dalam minyak mentega tadi dan biarkan sehingga ianya mewangi... Bila sudah mewangi, bolehlah dimasukkan susu cair... Berapa tin nak guna? Pun ikut sukahati sendiri, kalau banyak sotong kita tu, buatlah 2 atau 3 tin susu cair ke...

3.  Biarkan susu menggelegak seketika... Masukkan cheese (ni aku lupa masuk,kalo tak mmg lagi marvelous), sedikit garam dan gula... Akhir sekali, masukkan sotong yang telah digoreng tadi... Kemudian bancuhkan sedikit tepung gandum dengan air dan dituang ke dalamnya bertujuan untuk memekatkan kuah (ni aku skip gak sbb kuah tu akan pekat gak semasa disejukkan)... Kacau rata dan bolehlah ditutup api... Selain sotong, sedap juga dibuat Udang Butter atau Ketam ke......

Selamat mencuba!





0 comments:

Post a Comment