Wednesday, 20 January 2016
Filled Under:
Pesonal loan
UDANG GORENG BUTTER TELUR ASIN TERLAJAK SEDAP
Posted By:
Unknown
on 00:56
UDANG GORENG BUTTER TELUR ASIN
=================================================
Bahan bahan:
++ 500 gm udang
++ 1/2 sudu kecil garam
++ 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
++ Minyak
++ 3-5 sudu besar butter
++ 6 ulas bawang putih - di cincang
++ 15 biji cili padi ~ dihiris serong
++ 4 tangkai daun kari
++ 2 biji telur masin ~ direbus & hancur
++ 2 sudu kecil gula
++ 10 sudu besar susu cair/susu segar
++ 1 sudu kecil tepung jagung
Cara cara:
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan... Ketepikan...
2. Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit... Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna... Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)...
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi...
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula... (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang... Kacau lagi... Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya... Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan...
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment