RESEPI BIHUN SUP UTARA
=======================
Bahan untuk sup:
+500 gms tulang lembu
+200 gms perut lembu
+1 packet rempah sup tulang 1
+1/2 inci halia
+2 ulas bawang putih
+2 ulas bawang merah
+Garam dan lada sulah
+1 keping asam gelugor anggaran besar 1/2 ibu jari...
+Air secukupnya
==================== ALORA SKINCARE ==================== |
Cara cara:
1... Cuci tulang dan perut lembu, potong saiz sesuai... Masukkan ke dalam periuk bersama sama air secukupnya... Masukkan sebatang sudu stainless steel - Petua untuk lembutkan daging...
2... Rebus hingga empuk, kalau perlu boleh tambahkan air... Keluarkan sudu stainless steel tadi...
3... Di dalam kuali, tumis halia, bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk halus hingga naik bau...
4... Masukkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk berisi rebusan tulang dan perut lembu... Tidak perlu masukkan minyak tumisan... kemudian masukkan rempah sup tulang dan asam keping...
5... Panaskan kembali, perasakan dengan garam dan lada sulah... Bila sudah cukup rasa bolehlah dimatikan api...
6... Masukkan bihun ke dalam mangkuk, tuang kuah dan tambah dengan bahan bahan lain seperti isi daging,perut lembu, jeruk aisin, daun bawang, bawang goreng dan cili...
Selamat mencuba !
0 comments:
Post a Comment