Thursday, 14 January 2016

Filled Under:

RESEPI TAKOYAKI (HOMEMADE)


HOMEMADE TAKOYAKI
====================

#Takoyaki ni buat semalam untuk minum petang merangkap dinner sekali. Puas hati kalau buat sendiri boleh makan sampai kenyang. Ada yang nak resepi, hehe.. resepi dia senang je ikut belakang paket tepung takoyaki tu. Tapi boleh jugak guna tepung gandum cuma rasanya tak begitu asli la. Kalau di Msia bahan2 ada dijual di pasaraya Jusco, japanese section. Paling utama kene ada acuan takoyaki, kalau tak ada boleh guna acuan kuih cara (yang bentuk bulat).

Bahan-bahan: 
+250g tepung takoyaki (kalau guna tepung gandum tambah sedikit garam dan gunakan dashi penganti air) *dashi = air rebusan fish flakes.
+ 2 biji telur
+ 700ml air

Bahan Isi:
+ tako(sotong) - direbus dan dipotong kecil
+ kubis - dicincang halus
+ daun bawang (optional) -potong halus

=====================
ALORA SKINCARE
=====================

Bahan Topping:
++ mayonis
++ sos okonomiyaki - (Worcestershire sauce pun boleh kalau susah nak jumpa yg boleh makan)
++ Katsuobushi@fish flakes@ikan parut
++ serbuk nori halus

Cara-cara:
+ Campurkan semua bahan2
+ Kacau hingga tak berketul
+ Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak sikit
+ Tuang adunan tepung ke dalam acuan(separuh acuan).
+ Masukkan bahan2 isi ke dalam tepung.
+ Tuang lagi adunan tepung hingga menutupi isi
+ Tunggu hingga bahagian bawah keras sedikit kemudian balik2kan sehingga jadi bulat dan keperangan. (gunakan lidi)
+Taburkan fishflakes, sos okonomiyaki, mayonis dan serbuk nori.
+Makan waktu panas sangatlah sedap!!





0 comments:

Post a Comment