RESEPI MEE BANDUNG CUMMI
====================
Bahan-bahan kuah mee bandung:
+ 100 gram daging, hiris nipis dan rebus hingga lembut, asingkan air rebusannya
+ 10 - 12 ekor udang saiz sederhana, dicuci bersih dan toskan
+ 4 ekor sotong bersaiz sederhana, dicuci dan kerat bulat
+ 1 pokok sawi bok choi, siang berasingan batang dan daun, cuci dan toskan
+ 1 biji tomato, didadu (che mat potong 8)
+ Sebesar penumbuk orang dewasa, bunga kobis, dipotong sekuntum2
+ 3 camca besar penuh kacang tanah tumbuk
+ 1 genggam udang kering, rendam 10 minit, tos dan perah*
+ 2 biji bawang besar*
+ 3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
+ 1 camca besar penuh cili kisar
+ 3 camca besar sos tomato JALEN
+ 3 camca besar sos cili JALEN
+ 2 camca besar sos tiram JALEN
+ Garam dan gula secukup rasa
+ 4 - 5 biji telur
+ Air secukupnya
Bahan-bahan lain:
- Mi kuning secukupnya, cuci dan celur 1 minit, toskan
- Tauhu, digoreng dan hiris
- Bawang goreng, untuk hiasan
- Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
- Hirisan cili merah/cili hijau, untuk hiasan
- Limau kasturi, belah 2
====================== ALORA SKINCARE ====================== |
Cara-cara membuatnya :
1. UNTUK KUAH MI BANDUNG :- Panaskan minyak dalam kuali (che mat guna non stik pan mungkum bersaiz besar)... Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak dengan api kecil hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu... Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap... Tuang air rebusan daging dan tambah air secukupnya (anggaran 1200 ml)...
2. Bila mendidih, kecilkan api... Pecahkan telur satu persatu dalam kuah (che mat pecahkan sebiji demi sebiji dalam mangkuk kecil dan baru masukkan ke dalam kuah), pastikan ia tidak betindih... Masak hingga telur mengeras dan kacau berhati2... Masukkan daging, bunga kobis, batang sawi dan udang... Biar mendidih dan bila bunga kobis lembut, boleh masukkan sotong dan kacang tanah tumbuh... Kacau perlahan2... Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (anggaran 3/4 camca besar)... Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api...
3. UNTUK MI BANDUNG :- Masukkan mi kuning ke dalam mangkuk yang sesuai... Cedok kuah bersama2 isinya dan sebiji telur... Hias dengan hirisan tauhu, bawang goreng, daun sup/dan bawang, hirisan cili merah/hijau dan limau kasturi... Hidangkan segera............sedapppp!!!.........ehemmm......
Selamat mencuba !!!
0 comments:
Post a Comment