RESEPI BEBOLA TAUHU LEMBUT
=========================
BAHAN-BAHANNYA:
3 keping tauhu, dilecek hancur
1 biji bawang besar, dadu
1 pokok daun sup, hiris halus
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
2 camca besar tepung jagung
1 kiub ayam Maggi. hancurkan
Serbuk lada hitam secukupnya
Sedikit garam, jika perlu
Sos kegemaran untuk dicicah
CARA MEMBUATNYA:
Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali sos dan garam, kacau rata2 dan rasa, jika perlu baru tambah sedikit garam. Kacau rata , kemudian cedok 1 camca besar dan bulat2kan seperti bebola. Buat hingga siap.
Panaskan minyak dan goreng bebola tadi hingga kuning keemasan, pastikan api sederhana dan jangan goreng banyak2 sekalu gus, mat goreng 6-7 biji. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.
Selamat Mencuba !
================= ALORA SKINCARE ================= |
0 comments:
Post a Comment