Saturday 9 January 2016

Filled Under:

Resepi Roti Daging Berlapis



Bahan-bahan
** 3 biji kentang di potong dadu
** 500gm daging cincang
** 1 biji bawang besar
** 3 ulas bawang putih
** 1 sudu besar serbuk kari
** 1 sudu besar sos tomato (ini sis tambah)
** 2 sudu besar sos cili (ini sis tambah)
** 3 sudu makan minyak untuk menumis
** 12-14 keping roti
** 500ml susu segar
** 3 biji telor
** secubit garam (letak lebih sikit...... letak secubit macam takde rasa garam......itupun masih kurang masin jugak hehe......)
** Parutan cheese (banyak ikut suka) (sis guna mozarella)
** Sedikit marjerin untuk melenser




Cara-cara
1... Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+sos tomato+sos cili...
2... Satukan Susu+telor+ garam...
3... Pukul susu+telor+garam hingga sebati...
4... Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi...
5... Ramas-ramaskan kesemua roti tadi...
6... lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas...
7... Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti...
8... Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9... Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)...
10... Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat...
11... Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka...
12... Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos...




0 comments:

Post a Comment