RESEPI LAKSA SARAWAK
=======================
Bahan-Bahan:
Pes Laksa Sarawak – (200 gm)
+8 biji bawang merah*
+4 ulas bawang putih*
+10-12 tangkai cili kering*
+1 inci lengkuas*
+1 sk ketumbar
+1 sk jintan manis
+1 sk jintan putih
+3 biji buah keras*
+2-3 batang serai*
+1 inci belacan bakar*
+1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
+1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
+sedikit garam
+sedikit minyak utk menumis
Laksa Sarawak – (6 Orang Makan)
200 g pes atau perencah laksa
isi ayam secukupnya (direbus & dicarik halus)
1/2 kilo u&g basah
1 bungkus mihun (direndam & dicelur)
4 biji telur (didadarkan & dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam & gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Sambal U&g Kering –
6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam u&g kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam & gula
===================
ALORA SKINCARE HQ
===================
Cara Membuat:Pes Laksa –
1... Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*)...
2...Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah & bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*)...
3... Panaskan minyak... Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan... 4... Tambah garam & sedikit gula... Kacau rata-rata...
5... Simpan di dalam bekas yang bertutup & masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama...
Laksa Sarawak –
1... Sediakan 2 liter air dalam periuk... Jerangkan... Kemudian masukkan u&g yang sudah dibersihkan bersama serai... Rebus hingga u&g masak... Kemudian toskan u&g... Air rebusan tadi jangan dibuang... Sebaliknya masukkan pes laksa & kacau menggunakan api perlahan... (Boleh tambah air jika perlu)...
2... Masukkan santan & perasakan dengan garam & sedikit gula...
3... Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam & telur... Tuangkan kuahnya & perahkan dengan limau kasturi... Hi&gkan panas-panas... Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal u&g kering...
Sambal Udang Kering –
1... Tumiskan bahan-bahan kisar & cili kisar tadi hingga pecah minyak...
2... Perasakan dengan garam & gula & masukkan air asam jawa... Kacau hingga pekat...
SELAMAT MENCUBA !
0 comments:
Post a Comment