Sunday 17 January 2016

Filled Under:

RESEPI GORGEOUS OMELATTE CHEESE (SARAPAN PAGI)


Resepi Cheese Omelette
=================

Bahan-bahan:

Bahan A -
 ++ Cendawan Butang 1 biji (potong ikut selera-kecik atau besar)
 ++ Tomato (potong dadu)
 ++ Ayam (sikit je)(goreng kemudian potong kecil-kecil)

Bahan B -
 ++ Telur 2 biji
 ++ Cili Merah & Hijau (ikut naluri berapa banyak)
 ++ Bawang potong dadu (ikut naluri jugak..)
 ++ Black Pepper (serbuk) secukupnya
 ++ Cukup Rasa secukupnya (kalau xada bleh guna cam biasa iaitu garam dan pak aji)
 ++ Sedikit Mayonnaise
 ++ Sekeping Cheese (ikut naluri nak potong macam mana)
 ++ Sos Cili (jika mahu)

Cara-cara:

*Campurkan semua bahan B kecuali CHEESE dan SOS. Gaul sebati.

*Gorengkan bahan A dan ketepikan.

*Dengan api yang sederhana, setelah minyak telah panas, masukkan bahan B ke dalam non stick pan.

*Kemudian, letakkan bahan A ke atas bahan B. (*tujuan diasingkan bahan A dan B tadi ialah ayam dan cendawan mengambil masa lebih sedikit untuk masak jadi jika dimasak sekali dengan bahan B kemungkinan bahan B akan hangus...)

*Masukkan cheese

*Masukkan juga sos cili jika mahu. Kemudian, apabila bahagian bawah dilihat warnanya semakin perang dan bahagian atas juga sudah masak, bolehlah digulungkan dengan skill anda yang heybadd menggunakan spatula. (INGAT!-anda tidak perlu mengalihkan omelette~bawah ke atas..nanti jahanam..nangis plak)

*Jika anda tidak memasukkan sos ke dalam omelette, anda bolehlah meletakkan sos secukupnya di atas omelette itu!




0 comments:

Post a Comment