Wednesday 13 January 2016

Filled Under:

RESEPI NASI TOMATO


RESEPI NASI TOMATO
==================

NASI TOMATO I

Bahan-bahan:
(+). 3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
(+). 2 sudu besar mentega
(+). 1 sudu besar minyak sapi
(+). 1 biji bawang besar - dihiris
(+). 1 batang kayu manis
(+). 1 bunga lawang0
(+). 2 buah pelaga
(+). 3 bunga cengkih
(+). 4 cawan air
(+). 6 sudu besar sos tomato
(+). 3 sudu teh garam

===================
ALORA SKINCARE
===================


Cara Memasak:
1. Basuh beras dan toskan...
2. Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair... Kemudian masukkan bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih... Kacau seketika dan tutup api...
3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi... Tambahkan bahan yang digoreng tadi...
4. Kemudian masukkan air, sos tomato dan garam... Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti biasa...


NASI TOMATO II

Bahan-Bahan :
(+). Beras Basmathi 1/2 Kg
(+).. Minyak sapi 2 sudu
(+). Bawang besar 2 biji
(+). Bawang putih 2 biji
(+). Kayu manis & rempah tumis
(+). Daun pandan
(+). Tomato 2 biji
(+). Tomato puri 2 sudu
(+). Serbuk perasa
(+). Susu cair 1/4 tin (100 ml)

Cara memasak :
1... Hiris bawang besar & bawang putih... Tumiskan dengan minyak sapi...
2... Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau...Tambah sedikit minyak masak jika perlu...
3... Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri... Tambah garam & rasa
4... Basuh beras basmathi... Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
5... Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi...
6... Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
7... garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu)... Daun pandan untuk aroma...
8... Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan... Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang...

Terima kasih sudi baca... Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen...

Selamat Mencuba !




0 comments:

Post a Comment