Sunday, 17 January 2016

Filled Under:

RESEPI SALMON GRILL LEMON BUTTER SAUCE


SALMON GRILL LEMON BUTTER SAUCE
====================================================

#Biasanya Salmon di masak secara pan seared atau panggang bersama olive oil, secubit garam dan black pepper selama beberapa minit sahaja.Jangan terlalu lama nanti ikan jadi keras.Ikan salmon ni kalau makan yang dimasak warna masih kemerahan jambu,lembut dan sangat sedap!



BAHAN-BAHAN

  • ++ 4 Keping ikan salmon
  • ++ 1 inci halia muda ( mayang )
  • ++ 4 ulas bawang putih ( ketuk @ hiris )
  • ++ 1 biji lemon ( ambil jus )
  • ++ Garam & Serbuk perasa
  • ++ Serbuk lada hitam
  • ++ Sedikit oregano
  • ++ Minyak zaitun

CARA PENYEDIAAN : 

  1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam
  2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon
  3. Taburka lada hitam, oregano
  4. Gaulkan dengan bahan putih dan halia
  5. Perap selama setengah jam (lagi lama lagi sedap)
  6. Panggang ikan hingga masak (sis panggang guna pemanggang ajaib jer)
  7. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis.........sedap......

    BAHAN-BAHAN SOS :


    ++ 1 atau 1/2 cawan butter
    ++ 3 ulas bawang putih
    ++ sebiji lemon
    ++ Garam
    ++ Black pepper

    CARA-CARA:


    #Panaskan kuali...Masukkan butter...Ketuk 3 ulas bawang putih...Goreng sebentar...Perahkan sebiji lemon... dan masukkan beberapa keping lemon...Akhir sekali perasakan dengan pepper dan garam...Kacau dengan kasih sayg...Biar mendidih...Siap! boleh hidangkan dengan ikan dan sayur...


    Alhamdulillah


    ***Ikan salmon sangat bagus untuk kandungan...Ibu hamil & kanak-kanak juga digalakkan mengambil supplement tambahan seperti omega 3 fish oil...

    SELAMAT MENCUBA !




0 comments:

Post a Comment